Monday, 14 March 2022

CARA BUAT ASBF TEKNIK HYBRID

Hai semua. 

ASBF TEKNIK HYBRID 🚀🚀🚀⭐




Teknik Hybrid adalah gabungan antara teknik compounding (simpan setiap bulan tanpa usik dividen) dan teknik rolling dividen (bayar untuk tahun pertama sahaja). Tapi tak semua orang sesuai menggunakan teknik ini. Hanya orang yang mampu konsisten simpan setiap bulan sesuai menggunakan Teknik Hybrid. Komitmen bagi teknik hybrid adalah sama macam teknik compounding. Iaitu wajib simpan setiap bulan. 

Bagi sesiapa yang sudah lebih setahun buat simpanan ASBF, kemudian dividen memang tak diusik, inilah teknik yang paling sesuai untuk kembangkan lagi simpanan tanpa perlu tambah modal sampingan. 

Andai kita mampu simpan setiap bulan sebanyak RM385...

Game Plan 5 tahun

Teknik Compounding Sahaja

ASBF 100K
Rate 3.45%
40 tahun
Bulanan RM385
Tahunan RM4,620

Jika dividen setiap tahun 5.0%, jumlah dividen terkumpul;

= RM27,628

Anggaran baki hutang selepas 5 tahun sebanyak RM93,740. Maka jumlah pulangan prinsipal;

100,000 - 93,740 = RM6,260

Jadi jumlah simpanan keseluruhan;

27,628 + 6,260 = RM33,888✓

Teknik Hybrid

Tahun pertama, apply ASBF 100K. Sijil pertama menggunakan teknik rolling dividen. Jadi hanya perlu bayar untuk setahun sahaja, iaitu 12 bulan. Layan rolling sampai 5 tahun.

Tahun kedua, apply ASBF 100K. Sijil kedua menggunakan teknik compounding. Bayar selama 4 tahun, iaitu 48 bulan (Tamat serentak dengan sijil pertama). 

Jadi setiap bulan hanya perlu commit bayar satu sijil sahaja. Tahun pertama bayar sijil pertama. Tahun kedua sampai kelima bayar sijil kedua. 

Hasil sijil pertama - Rolling Dividen 5 tahun

Tahun 1. 
Dividen: 5.0% x 100,000 = 5,000
Bayar semula RM4,620. 
Baki = RM380

Tahun 2. 
Dividen: 5.0% x 100,000 = 5,000
Bayar semula RM4,620. 
Baki = RM380

Tahun 3. 
Dividen: 5.0% x 100,000 = 5,000
Bayar semula RM4,620. 
Baki = RM380

Tahun 4. 
Dividen: 5.0% x 100,000 = 5,000
Bayar semula RM4,620. 
Baki = RM380

Tahun 5. 
Dividen: 5.0% x 100,000 = 5,000

Jumlah Dividen:
380 + 380 + 380 + 380 + 5,000 = RM6,520

Anggaran baki hutang selepas 5 tahun sebanyak RM93,740. Maka jumlah pulangan prinsipal;

100,000 - 93,740 = RM6,260

Jumlah simpanan sijil pertama;

6,520 + 6,260 = RM12,780✓

Hasil sijil kedua - Compounding 4 tahun

Dividen terkumpul = RM21,550

Anggaran baki hutang selepas 4 tahun sebanyak RM95,080. Maka jumlah pulangan prinsipal;

100,000 - 95,080 = RM4,920

Jumlah simpanan sijil kedua;

21,550 + 4,920 = RM26,470✓

Maka hasil keseluruhan bagi teknik hybrid;

12,780 + 26,470 = RM39,250✓✓✓

Perbandingan

👉Teknik Compounding = RM33,888
👉Teknik Hybrid = RM39,250
👉Hasil bagi Teknik Hybrid dapat lebih sebanyak RM5,362 walaupun modal simpanan sama. 
👉So kalau sesiapa yang ada dividen yang tak guna, daripada dok terperap saja dalam ASB, boleh lah consider Teknik Hybrid ni kalau belum full kuota ASBF 200K.✓

Kira-kira di atas adalah untuk kadar keuntungan bank (interest) 3.45% dan dividen ASB 5.0%. Hasil sebenar mungkin berbeza.

Ada banyak lagi posting dan sharing mengenai ASB financing, boleh klik kat page atas, ASBF atau KLIK SINI. 

atau klik pada tag ASBF pada atas post ni. 

Disclaimer: Rate diatas ialah ketika post ini ditulis. Rate tersebut tidak tetap dan boleh berubah bila-bila masa. 

Bagi sesiapa yang dah ready nak buat simpanan,

Sila KLIK SINI untuk saya beritahu rate terkini. FREE QUOTATION !!!

 Jika anda rasakan post ini bermanfaat, kongsikan dengan rakan-rakan yang lain. Sila beritahu dengan segera jika ada kandungan didalam post ini yang salah infonya, atau yang sewaktu dengannya. Doakan semoga Amira Yusof dimurahkan rezeki, dipermudah semua urusan di dunia dan diakhirat. Aminnn.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment ^_^