Saturday, 12 March 2022

CARA KUMPUL DEPOSIT RUMAH DALAM MASA 3 TAHUN.

Hai semua. 

Kumpul Deposit Rumah dalam Masa 3 Tahun




Mungkin ada dalam kalangan kita yang bercita-cita untuk beli rumah pertama. Tapi masih belum cukup duit untuk deposit rumah 10% dan legal fee sekitar 5%. Jom kumpul deposit rumah menggunakan ASBF dalam masa 3 tahun je. 

Caranya;

Apply ASBF 100K, tempoh 40 tahun. Rate 3.45%, bulanan simpan RM385. Simpan setiap bulan tanpa usik dividen. Maknanya buat Teknik Compounding.

Dividen:

Tahun 1
 5.0% x 100,000 = 5,000

Tahun 2
5.0% x 105,000 = 5,250

Tahun 3
5.0% x 110,250 = 5,512

Jumlah Dividen = RM15,762 ✓

Selepas 3 tahun, terminate ASBF untuk dapatkan prinsipal terkumpul. Baki hutang selepas 36 bulan sekitar RM96,400.

Pulangan prinsipal:

100,000 - 96,400 = RM3,600✓

Jumlah simpanan:

15,762 + 3,600 = RM19,362✓

Selepas 3 tahun, dengan simpanan RM385 setiap bulan, dapat kumpul lebih kurang RM20K. 

⭐ Jika mampu simpan RM770 setiap bulan, boleh buat ASBF 200K, hasilnya sekitar RM40K.

Atau pun, buat pelan simpanan suami isteri. Setiap seorang simpan RM385 setiap bulan. Selepas 3 tahun, simpanan bersama dah mencapai RM40K.

Apa boleh buat dengan RM40K?

Katakan harga rumah sekitar RM200K (apartment), 10% deposit + 5% legal fee dan bersamaan dengan RM30K.

Jadi ada balance RM10K. Balance ini boleh digunakan untuk beli kelengkapan atau minor renovation rumah tu. 

Tinggi sebenarnya kos untuk masuk rumah baru ni. So standby lah simpan duit seawal yang mungkin. Kurangkan belanja-belanja yang bukan keperluan. Tahan dahulu kehendak diri.✔️

Ada banyak lagi posting dan sharing mengenai ASB financing, boleh klik kat page atas, ASBF atau KLIK SINI

atau klik pada tag ASBF pada atas post ni. 

Disclaimer: Rate diatas ialah ketika post ini ditulis. Rate tersebut tidak tetap dan boleh berubah bila-bila masa. 

Bagi sesiapa yang dah ready nak buat simpanan,

Sila KLIK SINI untuk saya beritahu rate terkini. FREE QUOTATION !!!


Kira-kira adalah berdasarkan Dividen 5.0% dan kadar keuntungan bank 3.45%. Hasil sebenar mungkin berbeza.




 Jika anda rasakan post ini bermanfaat, kongsikan dengan rakan-rakan yang lain. Sila beritahu dengan segera jika ada kandungan didalam post ini yang salah infonya, atau yang sewaktu dengannya. Doakan semoga Amira Yusof dimurahkan rezeki, dipermudah semua urusan di dunia dan diakhirat. Aminnn.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment ^_^