Friday, 11 March 2022

CARA KUMPUL DUIT KAHWIN DALAM MASA DUA TAHUN

Hai semua. 

Kumpul Duit Kahwin dalam Masa 2 Tahun




Mungkin ada dalam kalangan kita yang bercita-cita untuk kahwin kali pertama. Tapi masih belum cukup duit untuk hantaran dan kos-kos lain. Biasanya kalau lelaki ni, semangat untuk kahwin lagi tinggi dari beli rumah. Kalau untuk deposit rumah depa boleh simpan RM400 je, bila nak kahwin terus boleh simpan RM800 setiap bulan. Lain machiam kemampuan dia...  

Caranya;
 
Apply ASBF 200K, tempoh 40 tahun. Rate 3.45%, bulanan simpan RM770. Simpan setiap bulan tanpa usik dividen. Maknanya buat Teknik Compounding.

Dividen:

Tahun 1
 5.0% x 200,000 = 10,000

Tahun 2
5.0% x 210,000 = 10,500

Jumlah Dividen = RM20,500 ✓

Selepas 2 tahun, terminate ASBF untuk dapatkan prinsipal terkumpul. Baki hutang selepas 24 bulan sekitar RM195,300.

Pulangan prinsipal:

200,000 - 195,300 = RM4,700✓

Jumlah simpanan:

20,500 + 4,700 = RM25,200✓

Selepas 2 tahun, dengan simpanan RM770 setiap bulan, dapat kumpul lebih kurang RM25K++. Dah cukup sangat nak buat duit kahwin. 

Kalau simpanan biasa dalam akaun bank, 770x24 = RM18,480 sahaja. 

Dalam masa yang sama, ajak pasangan tu menyimpan sama-sama. Kalau pasangan mampu simpan RM385 pun dah ok. Pasangan buat ASBF 100K. Perempuan simpan kurang takpe, biar lelaki yang kena simpan lebih. Lelaki kena buktikan kemampuan untuk menyara keluarga dan urus kewangan dengan betul. 

Lepas 2 tahun, pasangan dapat kumpul lebih kurang RM12-13K. Jadi dalam masa 2 tahun, korang dah ada simpanan lebih kurang RM37K. Ok sangat tu. Boleh guna untuk mulakan kehidupan selepas berkahwin. 

Nak menyimpan ni kena la korbankan hiburan dan benda-benda tak berfaedah. Kurangkan dating atau pergi dating kat tempat yang tak perlu banyak belanja. Ataupun korang dating je online guna Zoom ke, GoToMeeting ke... lagi jimat... Dosa pun kurang...😆




Kira-kira adalah berdasarkan Dividen 5.0% dan kadar keuntungan bank 3.45%. Hasil sebenar mungkin berbeza.


Ada banyak lagi posting dan sharing mengenai ASB financing, boleh klik kat page atas, ASBF. 

atau klik pada tag ASBF pada atas post ni. 

Disclaimer: Rate diatas ialah ketika post ini ditulis. Rate tersebut tidak tetap dan boleh berubah bila-bila masa. 

Sila KLIK SINI untuk whatsapp saya jika ingin tahu rate terkini


SUMBER: TEKNIK GENIUS ASB

 

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment ^_^