Sunday, 13 March 2022

SIAPA YANG SESUAI BUAT ASBF??

Hai semua. 

SIAPA YANG SESUAI BUAT ASBF??




Wang bukanlah segala-galanya tapi segala benda di dunia ini memerlukan wang. Wang tak boleh beli kebahagiaan, tapi kebahagiaan boleh hilang jika tiada wang. Wang juga tak boleh beli cinta, tapi kalau tiada wang boleh putus cinta. Nak taknak, rakyat marhaen seperti kita wajib menyimpan wang untuk pelbagai kegunaan. Salah satu cara menyimpan yang efektif adalah menggunakan ASB Financing. Golongan yang sesuai menyimpan menggunakan platform ASBF adalah:

1. Anak muda yang baru bekerja

Golongan pertama adalah golongan anak muda yang baru melangkah ke alam pekerjaan. Bagi golongan ini, mereka masih 'mentah' dalam bidang pelaburan. Pelaburan yang paling selamat, berisiko rendah dan memberikan pulangan yang tinggi hanyalah ASBF. ASB biasa juga selamat dan hampir tiada risiko, tetapi pulangannya sangat 'ciput' berbanding ASBF. 

Dengan ASBF, golongan muda boleh kumpul duit dengan banyak dan cepat untuk memenuhi matlamat jangka masa pendek dan sederhana seperti berkahwin, deposit rumah, deposit kereta, selesaikan hutang PTPTN dan lain-lain.

2. Nak kumpul duit kahwin

Golongan kedua adalah individu yang berhajat untuk berkahwin. Jika ingin mengumpul dana RM20K, simpanan RM400 setiap bulan memerlukan 50 bulan untuk mencukupkan jumlah tersebut. Tapi menggunakan ASBF, tempoh tersebut dapat disingkatkan kepada sekitar 36 bulan sahaja. Cepatlah sikit boleh kahwin... 

3. Nak kumpul deposit rumah

Sama seperti kahwin, mengumpul deposit rumah juga lebih cepat jika menggunakan ASBF. Semakin cepat beli rumah, lagi bagus sebab harga rumah meningkat setiap tahun.

Lambat kumpul deposit, lagi mahal harga rumah. Bila harga rumah mahal, deposit pun lagi mahal. Kalau tak start kumpul awal-awal, sampai bila-bila pun tak cukup. Macam mana nak beli rumah?

4. Nak beli kereta tanpa bayar installment bulanan (cash or pairing)

a. Ada yang berminat untuk beli kereta secara cash. Golongan ini sesuai untuk kumpul duit melalui ASBF. Kereta yang sesuai adalah kereta 2nd hand yang mana harga lebih murah dan berpatutan untuk dibayar secara tunai. Dengan ASBF, mungkin mengambil masa 1 hingga 2 tahun untuk mengumpul dana bergantung kepada harga kereta dan kemampuan simpanan bulanan.

b. Ada satu lagi golongan yang ingin membeli kereta baru tetapi tak mahu bayar installment bulanan. Mereka menggunakan konsep pairing kereta dan ASBF. Caranya;

- Tahun pertama apply ASBF dahulu yang bersesuaian dengan jumlah installment kereta idaman.

- Tahun kedua beli kereta. Gunakan dividen ASB tahun pertama untuk bayar installment kereta setahun. Komitmen yang perlu ditanggung setiap bulan hanyalah ASBF. 

- Ulang langkah kedua sehingga habis bayar kereta.

- Selepas 10 tahun, kereta habis bayar. Ketika ini cash value ASBF dah ada banyak. Kalau pairing dengan ASBF 100K, cash value dah ada lebih kurang RM20K. 

Jadi, habis bayar kereta, dapat pulak cash RM20K. Dah boleh buat deposit beli kereta baru or buat apa2 yang kita suka. 

5. Dana Pendidikan Anak

Dana pendidikan anak boleh dikumpul menggunakan konsep Compounding atau Rolling Dividen. Jika Compounding, lagi banyak hasilnya. Jika Rolling Dividen, hasil tak sebanyak compounding tetapi kelebihan teknik rolling ni adalah modal cuma setahun saja, dan peratus keuntungan lebih tinggi berbanding teknik compounding. Paling baik buatlah teknik Hybrid iaitu gabungan teknik Rolling Dividen dan Compounding.

6. Dana Persaraan

Konsep simpanan persaraan juga lebih kurang sama seperti dana pendidikan anak. Sebagai contoh, jika ada cash RM10,000, apply ASBF 200K dan gunakan RM9300 untuk bayaran tahun pertama. Kemudian rolling dividen selama 30 tahun. Selepas 30 tahun, jangkaan hasil sekitar RM167K jika dividen ASB kekal pada kadar 5%. Jika RM10,000 dibiarkan dalam ASB Biasa, hasilnya cuma sekitar RM43K. 

7. Ada cash dalam ASB/TH

Jika anda ada simpanan cash dalam ASB/TH, anda boleh kembangkan simpanan anda berkali-kali ganda menggunakan medium ASBF. 

Contoh: Jika ada RM10,000 dlm ASB biasa dan dibiarkan selama 5 tahun, hasil simpanan lebih kurang RM12,700. Jika buat ASBF, modal setahun RM9,300 hasil simpanan selepas 5 tahun lebih kurang RM25,300. 

Untung ASB Biasa = RM2,700
Untung ASBF = RM15,300

Untung ASBF lebih 5 kali ganda lebih banyak daripada simpanan cara biasa. So, takkan nak bagi duit 'tidur' dalam ASB/TH? Kejutkan ia, biar "money makes money."

8. Tak berdisiplin

Bagi yang tak berdisiplin, ASBF akan membantu paksa anda menyimpan setiap bulan. Kalau tak mampu simpan banyak, simpan sedikit pun OK. Asalkan ada simpanan. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. 

9. Dah lama kerja tapi tak ada simpanan

Mungkin terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan kita gagal buat simpanan walaupun dah lama bekerja. Namun masih belum terlambat untuk mulakan pelaburan. Jadikan ASBF sebagai komitmen bulanan mengikut kemampuan masing-masing. Buat arahan autodebit potongan bulanan ASBF.  

10. Dah beli rumah undercon

Bagi yang dah beli rumah undercon, biasanya sebelum rumah siap kita hanya perlu bayar progressive payment. Sementara nak tunggu rumah siap dalam masa 2-3 tahun tu, duit yang sama nilai dengan bayaran bulanan rumah boleh dilaburkan dulu. Bila rumah dah siap, boleh guna untuk renovate or beli kelengkapan rumah. Pasti isteri anda suka. 

Kalau nak rolling dividen untuk kumpulkan cash untuk bayar prinsipal loan rumah pun boleh. Boleh cepat habiskan loan rumah. 

11. Nak bercuti setiap tahun

Ada jugak kaki travel yang pergi travel setiap tahun. Kumpul duit kemudian guna pergi travel. Cara ni agak rugi sebenarnya sebab duit tu akan habis macam tu saja. Lagi bagus kalau kumpul guna ASBF. Setiap tahun ambil dividen untuk pergi travel. Contoh buat ASBF 100K, setahun bayar RM4,620, dividen dapat RM5,000. Kalau gunakan semua dividen, anda dh untung RM400. 

Walaupun dividen habis digunakan, at least nanti anda akan dapat pulangan prinsipal. Kalau layan sampai habis tempoh loan, dapatlah duit persaraan RM100K. Travel dapat, cash pun dapat. 


............dan lain-lain matlamat yang sesuai.

Contoh kiraan adalah berdasarkan keuntungan bank 3.45%, tempoh pembiayaan 40 tahun dan dividen 5%. Pulangan sebenar mungkin berbeza.

⚠️ Interest bank semasa = 3.45%. Boleh pm untuk detail.

Penafian: Segala teknik dan tips yang dikongsikan adalah berdasarkan pengalaman dan kajian Penulis secara peribadi untuk meningkatkan keuntungan pelaburan. Tidak ada kaitan dengan amalan mana-mana bank atau syarikat.

Ada banyak lagi posting dan sharing mengenai ASB financing, boleh klik kat page atas, ASBF atau KLIK SINI

atau klik pada tag ASBF pada atas post ni. 

Disclaimer: Rate diatas ialah ketika post ini ditulis. Rate tersebut tidak tetap dan boleh berubah bila-bila masa. 

Bagi sesiapa yang dah ready nak buat simpanan,

Sila KLIK SINI untuk saya beritahu rate terkini. FREE QUOTATION !!!


⚠️ CCRIS PTPTN boleh lulus.
⚠️ High commitment boleh lulus jika bayar lump sum setahun terus. 
⚠️ Suri rumah / pelajar / tiada slip gaji boleh apply. Kena ada pemohon bersama yang bekerja. 
⚠️ Bumiputera dan 18 tahun ke atas sahaja.



 Jika anda rasakan post ini bermanfaat, kongsikan dengan rakan-rakan yang lain. Sila beritahu dengan segera jika ada kandungan didalam post ini yang salah infonya, atau yang sewaktu dengannya. Doakan semoga Amira Yusof dimurahkan rezeki, dipermudah semua urusan di dunia dan diakhirat. Aminnn.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment ^_^