Wednesday, 30 March 2022

TEKNIK COMPOUNDING ATAU ROLLING DIVIDEN, YANG MANA LAGI BAIK??

TEKNIK COMPOUNDING ATAU ROLLING DIVIDEN, YANG MANA LAGI BAIK?? 

Ramai yang tertanya-tanya, teknik mana yang lebih baik sama ada teknik compounding atau rolling dividen. Jom kita kupas satu persatu....




Pengiraan seterusnya adalah berdasarkan keuntungan bank 3.5% dan dividen 5.0%. Kiraan hasil simpanan selama 5 tahun.  Hasil sebenar mungkin berbeza.

Contoh:
✔Sijil ASB Financing RM100,000
✔Kadar keuntungan bank: 3.5%
✔Tempoh pembiayaan 40 tahun.
✔Bayaran bulanan RM390
✔Bayaran Tahunan RM4,680
**********

1. TEKNIK COMPOUNDING

Teknik compounding memerlukan simpanan secara konsisten selama 5 tahun (60 bulan) sebanyak RM390. Jumlah simpanan modal RM390x60 = RM23,400. ✔

Hasil simpanan:

▪️Dengan modal permulaan RM100,000 dan dibiarkan dividen berkembang selama 5 tahun tanpa diusik dengan kadar 5% setahun, jumlah dividen terkumpul adalah sebanyak RM27,628✔

▪️Manakala jumlah principal yang sudah dibayar kepada bank adalah sebanyak RM100,000 (nilai sijil) – RM93,800 (Baki Hutang) = RM6,200.✔

▪️Jadi jumlah simpanan terkumpul = RM27,628 + RM6,200 = RM33,828✔

2. TEKNIK ROLLING DIVIDEN

Teknik rolling dividen pula memerlukan modal simpanan selama setahun sahaja iaitu sebanyak RM4,680. Modal ini boleh menggunakan simpanan tunai sedia ada atau pun melakukan bayaran setiap bulan RM390 selama setahun sahaja (12 bulan).  Bermula bulan ke 13, bayaran bulanan dibayar menggunakan dividen yang diperoleh untuk tahun pertama. 

Hasil simpanan:

▪️Tahun 1. 
Jika dividen diumumkan sebanyak 5.0% maka pelabur akan mendapat tunai sebanyak RM5,000. Ambil RM4,680 untuk bayar ansuran tahun kedua. Baki RM320 simpan.

▪️Tahun 2. 
Jika dividen diumumkan sebanyak 5.0% maka pelabur akan mendapat tunai sebanyak RM5,000. Ambil RM4,680 untuk bayar ansuran tahun ketiga. Baki RM320 simpan.

▪️Tahun 3. 
Jika dividen diumumkan sebanyak 5.0% maka pelabur akan mendapat tunai sebanyak RM5,000. Ambil RM4,680 untuk bayar ansuran tahun keempat. Baki RM320 simpan.

▪️Tahun 4. 
Jika dividen diumumkan sebanyak 5.0% maka pelabur akan mendapat tunai sebanyak RM5,000. Ambil RM4,680 untuk bayar ansuran tahun kelima. Baki RM320 simpan.

▪️Tahun 5. 
Jika dividen diumumkan sebanyak 5.0% maka pelabur akan mendapat tunai sebanyak RM5,000. Tak perlu bayar untuk tahun keenam sebab dah berhenti. 

▪️Jumlah dividen terkumpul: 
320+320+320+320+5000 = RM6,280✔

▪️Manakala jumlah principal yang sudah dibayar kepada bank adalah sebanyak RM100,000 (nilai sijil) – RM93,800 (Baki Hutang) = RM6,200.✔

▪️Jumlah simpanan = RM6,280 + RM6,200 = RM12,480✔

PERBANDINGAN

Teknik Compounding: 
Modal RM23,400; 
Hasil RM33,828.✅
๐Ÿ‘‰Simpan banyak, hasil banyak, tapi tak sampai 2 kali ganda modal.

Teknik Rolling Dividen: 
Modal RM4,680; 
Hasil RM RM12,480.✅
๐Ÿ‘‰Simpan sikit, hasil tak banyak sangat, tapi hampir 3 kali ganda modal. 

⭐Dari segi hasil, teknik compounding memberikan hasil yang lebih lumayan. Tetapi modal yang dikeluarkan juga adalah tinggi.๐Ÿ’ฐ๐Ÿ’ฐ๐Ÿ’ฐ

⭐Dari segi peratus keuntungan, teknik rolling dividen memberikan pulangan yang lebih tinggi. Namun disebabkan modal yang kecil, hasil simpanan juga kecil.๐Ÿ“ˆ

*************

Macam mana nak dapatkan peratus keuntungan yang tinggi dan jumlah simpanan yang banyak???

Jawapan: Kalau mampu simpan konsisten RM390 selama 60 bulan, buatlah Teknik Hybrid. Teknik Hybrid adalah gabungan kedua-dua teknik Compounding dan Rolling Dividen. 

3. TEKNIK HYBRID

▪️ Pada tahun pertama, Apply Sijil 100K. Guna teknik rolling dividen selama 5 tahun sama seperti cara di atas. Modal RM4,680 sahaja (setahun). 

Hasil bagi sijil pertama adalah sebanyak RM12,480✔ (seperti di atas).

▪️ Pada tahun kedua, Apply Sijil 100K sijil kedua. Ketika ini, kita dah ada sijil RM200K. Tapi jangan risau, komitmen bulanan tetap RM390 kerana sijil pertama dibayar menggunakan dividen. Kita hanya perlu bayar sijil kedua sahaja menggunakan duit gaji. Guna teknik compounding selama 4 tahun. Modal RM390x48 = RM18,720. 

Hasil:

▪️Dividen: RM21,550
Prinsipal: RM100,000 (Nilai sijil) – RM95,100 (Baki hutang) = RM4,900
Jumlah: RM21,550 + RM4,900 = RM26,450✔

Jumlah keseluruhan kedua-dua sijil:

▪️Modal: 
RM4,680 + RM18,720 = RM23,400

▪️Hasil: 
RM12,480 + RM26,450 = RM38,930✔✔✔

▪️Modal yang sama dengan Teknik Compounding iaitu RM23,400, tetapi memberikan hasil RM38,930 iaitu sebanyak RM5,102 lebih tinggi berbanding Teknik Compounding. Modal sama tapi dapat extra RM5,000. So, Teknik Hybrid adalah lebih baik bagi mereka yang mampu menyimpan secara konsisten!!✓

Melaburlah dengan ilmu ๐Ÿ˜Š

[Pengiraan adalah berdasarkan kadar keuntungan bank 3.5% dan dividen 5.0%. Hasil sebenar mungkin berbeza.]

Penafian: Segala teknik dan tips yang dikongsikan adalah berdasarkan pengalaman dan kajian Penulis secara peribadi untuk meningkatkan keuntungan pelaburan. Tidak ada kaitan dengan amalan mana-mana bank atau syarikat.

Bagi sesiapa yang dah ada 100K, nak tambah lagi 100K, boleh klik link di bawah. Kalau amount lain pun boleh jugak. Benda fleksibel boleh ejas;

NOTA: 

Ada banyak lagi posting dan sharing mengenai ASB financing, boleh klik kat page atas, ASBF atau KLIK SINI. 

atau klik pada tag ASBF pada atas post ni. 

Disclaimer: Kiraan dividen/interest/rate/keuntungan (jika dinyatakan) diatas ialah untuk contoh sahaja. Hasil sebenar mungkin berbeza, tidak tetap dan boleh berubah bila-bila masa. 

Bagi sesiapa yang dah ready nak melabur/simpanan, 

Sila KLIK SINI untuk saya beritahu rate terkini. FREE QUOTATION !!!

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment ^_^