Saturday, 26 March 2022

Teknik Proksi - Alternatif Bagi Pelabur yang Sudah Berusia

Teknik Proksi - Alternatif Bagi Pelabur yang Sudah Berusia ✓✓✓

Saya dah berumur 50 tahun, untung lagi ke buat ASBF?




Apabila umur semakin meningkat, tempoh pembiayaan semakin pendek. Jadi bayaran bulanan semakin tinggi. Untung tu tetap untung, cuma margin keuntungan tu tidak setinggi orang muda. Jadi teknik yang paling sesuai adalah menggunakan proksi. 

SIAPA PROKSI ITU? 

Kalau ada anak yang berumur 18 tahun ke atas, boleh gunakan nama anak sebagai proksi. Buat gameplan sekitar 5 tahun sahaja. Mak atau ayah boleh jadi pemohon bersama jika anak masih belum bekerja. 

KENAPA 5 TAHUN?

Katakan anak sekarang berumur 18 tahun, lagi 5 tahun anak berumur 23 tahun. Masa ni kebiasaannya anak-anak dah berkerja. Jadi mereka mesti nak simpan duit sendiri. So, boleh terminate dan apply sendiri pula nanti.

Teknik apa nak buat?

Guna teknik rolling dividen sahaja. Tak payah pening-pening. Guna simpanan cash yang ada untuk bayaran setahun (12 bulan). Tahun kedua dan seterusnya bayar guna dividen. Contoh kiraan;

ASBF 200K TEKNIK ROLLING DIVIDEN 5 TAHUN

*Tempoh 40 tahun (Berhenti selepas 5 tahun)
*Rate 3.45%
*Bulanan RM770 
Tahunan RM9240 *(MODAL)
*Gameplan 5 tahun

Bayar modal sendiri untuk 12 bulan sahaja

Pengiraan berdasarkan dividen 5.0% dan kadar keuntungan bank 3.45%. Hasil sebenar mungkin berbeza.

Tahun 1
Dividen 5.0% x 200,000 = RM10,000.
Gunakan RM9,240 untuk bayaran tahun ke2.
Baki RM760 simpan.

Tahun 2
Dividen 5.0% x 200,000 = RM10,000.
Gunakan RM9,240 untuk bayaran tahun ke3.
Baki RM760 simpan.

Tahun 3
Dividen 5.0% x 200,000 = RM10,000.
Gunakan RM9,240 untuk bayaran tahun ke4.
Baki RM760 simpan.

Tahun 4
Dividen 5.0% x 200,000 = RM10,000.
Gunakan RM9,240 untuk bayaran tahun ke5.
Baki RM760 simpan.

Tahun 5
Dividen 5.0% x 200,000 = RM10,000
Stop selepas 5 tahun. Hasil dividen tahun ke 5 tidak diusik. 

Hasil Simpanan

Jumlah Dividen Selepas 5 tahun;
760+760+760+760+10,000 = RM13,040

Selepas 5 tahun, baki hutang anggaran sekitar RM187,400. Jika terminate, bank akan pulangkan prinsipal yang sudah dibayar. 

Jumlah Prinsipal;
Nilai sijil - baki hutang (anggaran)
200,000-187,400 = RM12,600

Jumlah simpanan keseluruhan;
13,040 + 12,600 = RM25,640✓

⚠️ Hasil simpanan menjadi hampir 3 kali ganda modal yang dikeluarkan dalam masa 5 tahun sahaja. Kalau dibiarkan duit RM9,240 tu berkembang cara biasa dengan kadar 5.0% setiap tahun, hasil selepas 5 tahun lebih kurang RM11,800 sahaja. So nak pilih RM25K atau RM11K?

Nota: Pengiraan berdasarkan dividen 5.0% dan interest 3.45%. Hasil sebenar mungkin berbeza

Buatkan teknik ini untuk setiap anak yang sudah cukup umur 18 tahun. Selepas 5 tahun, anak dah ada cash lebih kurang RM25K. Apa yang boleh dimanfaatkan?

1. Boleh buat deposit untuk beli rumah.
2. Boleh buat duit kahwin.
3. Boleh buat modal bisnes.
4. Boleh buat duit pergi umrah satu keluarga.
5. Boleh beli kereta cash, so anak-anak tak perlu berhutang nanti. 
6. Boleh beli emas..dan lain-lain lagi...

p/s: Kalau mak/ayah nak ambil balik pun boleh duit tu... terpulang kepada matlamat masing-masing...

NOTA: 

Ada banyak lagi posting dan sharing mengenai ASB financing, boleh klik kat page atas, ASBF atau KLIK SINI. 

atau klik pada tag ASBF pada atas post ni. 

Disclaimer: Kiraan dividen/interest/rate/keuntungan (jika dinyatakan) diatas ialah untuk contoh sahaja. Hasil sebenar mungkin berbeza, tidak tetap dan boleh berubah bila-bila masa. 

Bagi sesiapa yang dah ready nak melabur/simpanan, 

Sila KLIK SINI untuk saya beritahu rate terkini. FREE QUOTATION !!!

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment ^_^