Friday, 8 April 2022

10 SEBAB ASBF TERBAIK UNTUK ANAK MUDA/FRESH GRADUATE

10 SEBAB ASBF TERBAIK UNTUK ANAK MUDA/FRESH GRADUATE




1.MENDIDIK SIFAT MENYIMPAN

Apabila mula bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri, mungkin ada sesetengah anak muda yang tak tahu apa nak dibuat dengan duit gaji. ASBF adalah salah satu cara untuk kita paksa diri menyimpan setiap bulan. Berbeza dengan simpanan ASB biasa yang kita boleh keluarkan simpanan pada bila-bila masa, ASBF hanya membolehkan kita mengeluarkan dividen sahaja. Jadi simpanan kita lebih terjamin. 


2.MENGAJAR PENGURUSAN KEWANGAN

ASBF dapat mengajar pengurusan kewangan bagi mengelakkan anak muda terjebak dengan personal loan. Ramai yang menggunakan personal loan untuk kahwin. Akibatnya anak dah masuk sekolah rendah pun masih belum habis bayar personal loan. Ini akan menyebabkan kelayakan untuk mempunyai pembiayaan rumah dan kereta semakin rendah. 


3.MENGELAKKAN BOROS

Konsep “force saving” ASBF dapat mengelakkan anak muda daripada boros dan menghabiskan duit untuk perkara yang sepatutnya. Asingkan simpanan tetap untuk ASBF setiap bulan, bakinya baru belanja barang keperluan. Rancang perbelanjaan dengan bijak.


4.PROFIL KEWANGAN

ASBF dapat mencipta profil kewangan iaitu rekod CCRIS. Ramai yang gagal membuat pembiayaan perumahan akibat tiada rekod CCRIS. Jadikan ASBF adalah salah satu cara untuk cipta rekod CCRIS yang baik supaya bank dapat kenal karakter kita. 


5.SELAMAT DARI UNSUR PENIPUAN

ASBF adalah pelaburan yang selamat daripada unsur-unsur penipuan, scammer dan MLM. 


6.FLEKSIBEL

ASBF adalah salah satu bentuk pelaburan yang fleksibel. Boleh pilih amaun mengikut kemampuan simpanan. Boleh juga pilih teknik-teknik yang sesuai dengan usia dan modal. Selain itu, boleh juga berhenti pada bila-bila masa. Bila jual semula sijil, dapat CASH.


7.MATLAMAT JANGKA PENDEK

Sesuai untuk matlamat simpanan jangka masa pendek seperti Tabung Kahwin, Deposit Rumah, Deposit Kereta, atau nak beli kereta cash.


8.PULANGAN YANG TINGGI

Simpanan ASBF juga memberikan pulangan yang tinggi berbanding simpanan biasa. Kalau kena caranya, boleh dapat keuntungan sehingga 30% setahun. Yang penting ikut teknik dan strategi yang betul.


9.DISIPLIN

Ramai yang gagal menyimpan kerana tidak berdisiplin.  Ada yang dah kerja 5 tahun, tapi simpanan RM10,000 pun belum ada. Sedangkan kalau congak secara mudah, simpan RM167 setiap bulan selama 5 tahun pun dan cukup RM10,000. Jadi dengan ASBF, kita paksa menyimpan setiap bulan. Tetapkan berapa kita nak simpan setiap bulan sesuai dengan matlamat dan kemampuan.  


10.TABUNG PERMULAAN HIDUP

Apabila memasuki alam pekerjaan, kita perlu memikirkan 5 perkara;

-Kahwin
-Beli rumah
-Kereta yang selesa untuk keluarga
-Tabung pendidikan anak
-Tabung Persaraan

Kesemua matlamat di atas perlukan DUIT. Jadi kita kena mulakan simpanan seawal yang mungkin. Kalau lambat bermula, kita perlu berkerja lebih keras untuk menyediakan perkara tersebut.

NOTA: 

Ada banyak lagi posting dan sharing mengenai ASB financing, boleh klik kat page atas, ASBF atau KLIK SINI. 

atau klik pada tag ASBF pada atas post ni. 

Disclaimer: Kiraan dividen/interest/rate/keuntungan (jika dinyatakan) diatas ialah untuk contoh sahaja. Hasil sebenar mungkin berbeza, tidak tetap dan boleh berubah bila-bila masa. 

Kini lebih mudah untuk buat ASBF, tak perlu walkin ke bank, online jer. 

Bagi sesiapa yang dah ready nak melabur/simpanan, 

Sila KLIK SINI untuk saya beritahu rate terkini. FREE QUOTATION !!!

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment ^_^