Sunday, 17 April 2022

5 KEDAI MAKAN TENGAHARI TERBAIK SHAH ALAM 2022

Hai semua.

Buat anda yang sedang mencari kedai makan yang berjual pelbagai jenis lauk pauk yang sedap.

Sis nak kongsikan 5 kedai makanan tengahari yang TERBAIK di Shah Alam.

Amaran: Kedai makan ni memang RAMAI ORANG ya waktu lunchhour setiap hari. 

Untuk pengetahuan anda, ada diantara restoran ni yang sudah lama sejak tahun 1980-1900an lagi.

Restoran dibawah mempunyai lebih daripada 20 lauk pauk yang pastinya membuatkan anda terliur dan tidak tahu nak pilih lauk yang mana. 

Selamat menjamu selera! 





1) RESTORAN HATINIE

Alamat: 18 & 20, Jalan Selendang 10/10, Seksyen 10, 40100 Shah Alam, Selangor

Google Maps:

Personal review: Pernah ke sini sejak kecil. Masa tu arwah abah selalu bawah sini lepas kelas renang, lauk kegemaran masa tu kari ikan. Lama sangat dah tahun 2002 kot. Sekarang pun ada juga ke sini kadang-kadang, harga agak keras juga tapi rasa ok. Kalau makan 3 orang, kena stanby paling kurang RM50, lagi-lagi kalau ambil lauk 1 set. protein+ sayur, nasi.

Yang bestnya kedai ni, dia banyak jual makanan sampingan macam kuih. Kalau musim nak raya tu, ada satu slot khas dorang letak biskut/kerepek untuk raya. Tergoda jugaklah tengok tu. 

2) RESTORAN SOTO, SEKSYEN 8

Alamat: No. 12, Jalan Liku B 8/B, Seksyen 8, 40000 Shah Alam, Selangor

Google Maps:

Personal review: Walaupun namanya soto tapi kedai ni bukan jual soto je ye. Nama kedai je soto.
Aku suka makan sini tapi tak selalu lah pergi makan. Pernah makan asam pedas ikan pari dia, sedap.



3) RESTORAN AZIRA

Alamat: 5, Jalan Ceongsam 10/11, Seksyen 10, 40100 Shah Alam, Selangor


Google Maps:


Personal review:  Azira dengan Hatinie ni dekat je, dalam satu kawasan kedai.Kalau perasan Hatinie 10/10, Azira 10/11.  Azira ni lebih kurang je Hatinie dan Azira. Yang pasti lauk pauk memang banyak. 

4) RESTORAN RnS D'Corner


Alamat: Jalan Niaga, Seksyen 16, 40200 Shah Alam, Selangor

Google Maps:

Personal review:  Lauk restoran ni tak sebanyak restoran Azira, Hatinie dan Soto. Tapi yang buat sis nak senaraikan sebagai restoran makan tengahari terbaik kerana lauknya yang AUTHENTIC negeri sembilan. Kalau lauk masak lemak tu memang pekat lah dan pedas dan sedap! Bukan tu je, dorang ada jual lauk-lauk RARE yang susah nak jumpa kat kedai lain. Sis pun tak ingat dah apa nama lauk tu. 

5) RESTORAN PAKSU CORNER

Alamat: Pangsapuri Suria, Jalan Dawai 16/2, Niaga, Seksyen 16, 40200 Shah Alam, Selangor

Google Maps:

Personal review:  Restoran ni senang je nak cari kalau korang familiar dengan Shah Alam, masuk kat Shell tu, belok kanan, selepas kilang air Universal tu, terus boleh nampak kedai tu.

Lauk banyak jugak. Harga berpatutan.  

Anda sudah pernah ke restoran yang mana? Jom kongsikan. 

    


 Jika anda rasakan post ini bermanfaat, kongsikan dengan rakan-rakan yang lain. Sila beritahu dengan segera jika ada kandungan didalam post ini yang salah infonya, atau yang sewaktu dengannya. Doakan semoga Amira Yusof dimurahkan rezeki, dipermudah semua urusan di dunia dan diakhirat. Aminnn.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment ^_^