Thursday, 14 April 2022

7 KEBURUKAN ASB FINANCING YANG RAMAI ORANG TAK TAHU

Hai semua. 

Orang asyik cerita mengenai kebaikan asbf berbanding asb saving je kan. Tapi ada tak yang cerita keburukan asb financing ni? Kalau takde, jom saya nak beritahu. 

7 KEBURUKAN ASB FINANCING YANG RAMAI ORANG TAK TAHU



1) GANGGU CCRIS
Cons: Jika anda tak bayar installment loan ikut masa yang ditetapkan, ia akan mencalarkan rekod CCRIS anda. CCRIS ialah rekod pembayaran hutang. Bila anda nak buat loan lain seperti loan rumah/kereta, bank akan tengok CCRIS ni.

Pro: ASBF adalah satu cara terbaik untuk hasilkan rekod pembayaran loan. Jika anda istiqamah untuk bayar installment setiap bulan, maka tiada istilah ASBF ganggu CCRIS. Fun fact, apa-apa loan pun kalau anda bayar lambat, akan mencalarkan rekod CCRIS, bukan ASBF sahaja. 

2) KACAU NAK LOAN RUMAH

Ya, memang betul pun ni. Puncanya ialah bila apply loan ASBF, loan lepas. Pada tahun sama atau tahun depannya nak apply loan rumah plak. Alamatnya memang kena rejectlah loan rumah tu.

Pro tips: Kalau ada rasa nak beli rumah, setkan tahun bila nak beli. Contohnya nak beli lagi 5 tahun, so boleh mulakan apply loan ASBF SEKARANG. Bukannya tahun nak beli rumah tu lah baru nak buat loan ASBF.

Funfact: Bila anda ada loan ASBF, dan anda istiqamah bayar setiap bulan. Dividen pula tak usik. Oh ye, ASBF tu anda dah buat 3-5 tahun kemudian baru nak beli rumah. Sebenarnya ia lagi membantu untuk loan rumah anda diluluskan.


3) DIVIDEN SIKIT, TAK BERBALOI

Kadar dividen ASB:

2016: 7.25
2017: 7.25
2018: 7.00
2019: 5.50
2020: 4.25
2021: 5.00
2022: ????

Contoh loan RM100,000. Bulanan RM387 sebulan rate 4.45%. Setahun modal RM4,644.
Dividen anggaplah 5% daripada Rm100,000 iaitu RM5,000. 'Untung' RM356 je. Sikit sangat tu. Baik simpan dalam ASB saving je. Eh betul ke pemikiran sebegini?

OK anggaplah akaun ASB saving ada simpan RM387 setiap bulan. Setahun modal RM4,644. 
Dividen 5% daripada jumlah tersimpan iaitu RM4,644, maka dividen RM232.

Dengan ASBF, 'simpan' RM387 consisten setiap bulan, dividen RM5,000.
Dengan ASBs, simpan RM387 consisten setiap bulan, dividen dapat RM232. 

Anda nak yang mana?



4) INTEREST TINGGI
Celah mana untung kalau interest masih kena bayar? Dah nama pun loan, mesti ada interest. Beli kereta pun ada interest kan? 

Tinggi mana pun interest, jika anda terminate loan ASBF ni, anda masih untung. Anda masih dapat lebih daripada yang anda sudah bayar.

Yang bestnya sekarang, interest serendah 3.40% dan boleh tarik loan tenure sehingga 40 tahun.

Loan ASBF ni bukan macam loan kereta, lepas 40 tahun, rugi. Double untung tapi tak semua mampu tunggu sampai 40 tahun kan. Takpe sebab ramai je terminate belum sampai 40 tahun tu tapi masih untung.

5) TAMBAH DEBT SERVIS RATIO (DSR)

Setiap loan yang dibuat dengan bank,akan masuk debt service ratio. Susahlah nak buat loan lain lepas tu. Baca semula nombor satu. 

6) BEBAN NAK BAYAR BULAN-BULAN, TAK BOLEH GUNA PLAK TU.
Ingat semula apa tujuan loan ASBF ni untuk LONG TERM INVESTMENT. Jika anda ingat, takdelah rasa nak guna. 


7) GUNA TEKNIK ROLLING UNTUK JIMAT MODAL, TAPI END UP RUGI SEBAB DIVIDEN RENDAH DAN KENA TOPUP.

Teknik anda kurang betul. Umpama tak nak keluar modal tapi nak untung. Macam tu laaaa... Ada caranya untuk guna rolling ni. 


Selepas anda baca keburukan ASBF ni, adakah anda masih rasa ASBF ni MERUGIKAN? Tak berbaloi? Jika ya, jangan segan-segan nyatakan hujah anda.

Funfact: Kalau anda buat 'loan investment' dengan syarikat takaful mana-mana, lagi ternganga mulut anda bila tahu bila anda terminate kurang daripada tenure, anda lagi rugi. Jangan bandingkan ASBF dengan unit trust sebab game plan ia berbeza. LOW RISK LOW RETURN, ITULAH ASBF. 




 Jika anda rasakan post ini bermanfaat, kongsikan dengan rakan-rakan yang lain. Sila beritahu dengan segera jika ada kandungan didalam post ini yang salah infonya, atau yang sewaktu dengannya. Doakan semoga Amira Yusof dimurahkan rezeki, dipermudah semua urusan di dunia dan diakhirat. Aminnn.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment ^_^