Tuesday, 12 April 2022

ASB VS ASB FINANCING - PART 1

ADA CASH RM10,000. Nak untung setahun RM500 atau nak untung setahun RM3,000?

⚠️ Teknik ini sesuai untuk sesiapa yang dah ada simpanan cash dan berhasrat untuk tidak menggunakan duit tersebut dalam masa terdekat. Simpan cara biasa slow sangat duit tu berkembang. Nak buat modal niaga, tak pandai. Jadi, boleh la cuba cara yang super power ni bagi duit tu cepat berkembang. 




Pilihan di tangan masing-masing. Saya cuma tunjukkan caranya. 

KITA BUAT KIRA-KIRA BERDASARKAN DIVIDEN 5.0% SAHAJA

Simpanan ASB Biasa

☑️Kalau simpan RM10,000 cara biasa, andai dividen 5.0%. Setahun akan dapat 5.0% x 10,000 = RM500.

☑️Jika modal dan dividen tidak diusik selama 3 tahun. Jumlah keseluruhan dividen bersamaan RM1,576. 

☑️Untung RM1,576 selama 3 tahun. 

☑️Purata keuntungan setahun = 1,576/3 = RM525✓

Lebih kurang RM525 sahaja‼️

Simpanan Menggunakan Sijil ASBF

Kalau ada RM10,000, gunakan RM9,240 sahaja sebagai modal. Lebihan RM760 boleh simpan. Dengan modal RM9,240 anda boleh memiliki sijil ASBF RM200K. Anda gunakan teknik ROLLING DIVIDEN selama 3 tahun. 

✔️Bayaran bulanan RM770
✔️Bayaran Setahun RM9,240
✔️Yuran proses RM60 (Bayar sekali sahaja)

Tahun 1: 5.0% x 200K = RM10,000
Ambil dividen RM9,240 bayar untuk tahun ke-2. Baki RM760 simpan dalam ASB.

Tahun 2: 5.0% x 200K = RM10,000
Ambil dividen RM9,240 bayar untuk tahun ke-3. Baki RM760 simpan dalam ASB.

Tahun 3: 5.0% x 200K = RM10,000
Andaikata gameplan 3 tahun sahaja, maka dividen dapat full RM10,000. Tak perlu bayar untuk tahun ke-4.

Hasil selepas 3 tahun;

Dividen
= 760 + 760 + 10,000
= RM11,520✓

Prinsipal
= 200,000 - 192,750
= RM7,250✓

Total = 11,520 + 7,250 = RM18,770✓

Keuntungan untuk 3 tahun:
RM18,770 - RM9,240 = RM9,530

Purata Keuntungan untuk setahun:
9,530 / 3 = RM3,176 setahun‼️

Perbandingan dengan ASB Biasa:

3,176 / 525 = 6 kali ganda

Maka teknik ini memberikan pulangan keuntungan hampir 6 kali ganda berbanding simpanan cara biasa.

[Kiraan berdasarkan dividen ASB 5.0% dan kadar keuntungan bank 3.45%. Hasil sebenar mungkin berbeza.]

Kita tak semestinya perlu ada RM9,240. Kalau ada kurang pun boleh juga buat teknik ni. Contohnya:

Ada modal RM6,930 - sijil 150K
Ada modal RM4,620 - sijil 100K
Ada modal RM2,310 - sijil 50K

Kalau ada simpanan kat Tabung Haji pun boleh buat mcm ni. Keluarkan sekejap 3-5 tahun. Lepas duit dah berkembang, transfer semula ke TH. Lagi cepat duit berkembang.

Contoh ada RM4,620 dalam TH, gunakan teknik di atas untuk kembangkan duit cara cepat. Anggaran hasil selepas 3 tahun dapat lebih kurang RM9K lebih. Lepas 3 tahun, transfer semula ke dalam TH. Kalau simpan cara biasa dalam TH, mungkin hasil selepas 3 tahun hanya RM5,350 jika dividen setiap tahun 5.0%. 

Kalau yang dok simpan duit dalam akaun simpanan biasa tu, lagi rugi. Duit tak berkembang langsung ‼️ 

Penafian: Segala teknik dan tips yang dikongsikan adalah berdasarkan pengalaman dan kajian Penulis secara peribadi untuk meningkatkan keuntungan pelaburan. Tidak ada kaitan dengan amalan mana-mana bank atau syarikat.

NOTA: 

Ada banyak lagi posting dan sharing mengenai ASB financing, boleh klik kat page atas, ASBF atau KLIK SINI. 

atau klik pada tag ASBF pada atas post ni. 

Disclaimer: Kiraan dividen/interest/rate/keuntungan (jika dinyatakan) diatas ialah untuk contoh sahaja. Hasil sebenar mungkin berbeza, tidak tetap dan boleh berubah bila-bila masa. 

Kini lebih mudah untuk buat ASBF, tak perlu walkin ke bank, online jer. 

Bagi sesiapa yang dah ready nak melabur/simpanan, 

Sila KLIK SINI untuk saya beritahu rate terkini. FREE QUOTATION !!!


No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment ^_^