Friday, 22 April 2022

ASBF KACAU LOAN RUMAH TAK?

ASBF KACAU LOAN RUMAH?

"Bro, kau buat ASBF ni nanti nak beli rumah susah. Bank tengok komitmen kau tinggi. Confirm tak lepas nak beli rumah. Kalau gaji kau besar takpe la."




Aku buat ASBF ni memang tujuan nak beli rumah. Aku nak kumpul deposit rumah. Kalau nak beli rumah at least kena sediakan deposit 10% daripada harga rumah yang aku nak beli. Aku target nak beli harga lebih kurang RM200K dulu. So aku kena kumpul RM20,000. Kalau tak buat ASBF ni, susah aku nak menyimpan. 

"Berapa lama kau nak kumpul RM20K tu?"

Aku target 3 tahun je. Aku buat;

ASBF 200K
-Tempoh 40 tahun
-Rate 3.45%
-Bulanan RM769 (Kira RM770 je senang)
-Takaful ambil 5 thn je. In case kalau jadi apa-apa kat aku dalam tempoh ni, parents aku dapat pampasan. 

Setiap bulan aku akan simpan RM770 sampai cukup 3 tahun. Dividen simpan dan tak usik. Bagi orang bujang macam aku, masa ni la nak kumpul duit betul- betul. Anggaran hasil selepas 3 tahun;

Dividen
Tahun 1 - 5.0% x 200,000 = 10,000
Tahun 2 - 5.0% x 210,000 = 10,500
Tahun 3 - 5.0% x 220,500 = 11,025

Jumlah dividen terkumpul = RM31,525

Baki hutang selepas 3 tahun = RM193,920 (Rujuk Loan Calculator)

Maka Pulangan Prinsipal (Surrender Value) = 200,000 - 192,750 = RM7,250

Jumlah Simpanan: 
31,525 + 7,250= RM38,775 ✓

Jadi selepas 3 tahun, anggaran simpanan aku dah ada lebih kurang RM38K. So dengan duit tu aku boleh buat deposit rumah RM20K. Balance RM18K lagi untuk cari orang rumah. Tak guna kalau ada rumah tapi takda orang rumah. Kahwin lambat nanti kawan-kawan cakap aku gay pulak. Hahaha... 

"Tapi kan orang cakap kalau ada ASB loan, nanti loan rumah susah nak lepas. Betul tak?"

Betul, memang kacau jugak. Tapi kau jangan sempitkan pemikiran kau. Nanti lepas 3 tahun aku dah terminate ASBF aku dan dah ada cash dalam tangan. So dah tak effect kelayakan loan rumah aku dah. Otak kena berfungsi bro. Jangan biar berkarat. 

"Eh, betul jugak tu. Macam bangang je soalan aku tadi."

Hahaha... Kau kalau nak buat ASBF takda masalah. Tapi biarlah jelas tujuan dan matlamat kau tu. Kalau tahun ni kau nak beli rumah, tahun ni jugak kau buat ASBF memanglah kacau. Lainlah kalau gaji kau tu masyuk. No problem la... 

"Betul tu bro... nak buat apa pun, yang penting matlamat kena jelas. Baru kita ada arah tuju."

Kiraan berdasarkan dividen 5.0% dan kadar keuntungan bank 3.45%. Hasil sebenar mungkin berbeza.

📌Bagi sesiapa yang dah bersedia untuk buat simpanan, boleh terus klik link di bawah. Saya bantu sampai lulus. Free of charge;

NOTA: 

Ada banyak lagi posting dan sharing mengenai ASB financing, boleh klik kat page atas, ASBF atau KLIK SINI. 

atau klik pada tag ASBF pada atas post ni. 

Disclaimer: Kiraan dividen/interest/rate/keuntungan (jika dinyatakan) diatas ialah untuk contoh sahaja. Hasil sebenar mungkin berbeza, tidak tetap dan boleh berubah bila-bila masa. 

Kini lebih mudah untuk buat ASBF, tak perlu walkin ke bank, online jer. 

Bagi sesiapa yang dah ready nak melabur/simpanan,

Sila KLIK SINI untuk saya bantu anda. Jangan risau,  FREE QUOTATION !!!


No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment ^_^