Saturday, 23 April 2022

ASBF UNTUK FRESH GRADUATE

GAMEPLAN ASBF UNTUK FRESH GRADUATE ✓

Ramai anak muda tersilap langkah setelah memasuki alam pekerjaan. Salah satu jerat yang popular adalah beli kereta baru melebihi kemampuan dan buat personal loan. Paling sedih buat personal loan untuk join MLM. Biasanya kalau jadi macam ni, sampai umur 30an pun masih gagal untuk beli rumah pertama. 





Jadi saya cadangkan satu gameplan yang slow and steady supaya anak muda dapat hidup selesa dan capai impian ikut timeline yang betul. Boleh follow kalau sesuai. Umur dalam penulisan ini sekadar contoh sahaja, boleh disesuaikan dengan umur masing-masing. 

⚠️ Umur 22 (Baru dapat kerja)

Biasanya fresh graduate akan target untuk beli kereta dan kahwin dulu. Katakan masa ni gaji lebih kurang RM2,000-2,500. Better jangan beli kereta dulu. Naik je motor or guna kereta buruk mak/ayah atau kalau takde, beli kereta 2nd hand murah-murah dulu. Fokus untuk simpan duit kahwin. Target 3 tahun saja. Ngam la kahwin umur 25 kan? Korang buat macam contoh di bawah;


ASBF 200K
Tempoh 40 tahun
Rate: 3.45%
Bulanan RM770
Simpan RM770 setiap bulan selama 3 tahun. Jangan gatal tangan nak usik dividen tu. Biar dia jadi compounding. Anggaran hasil jika dividen setiap tahun 5%: 

Dividen
Tahun 1 - 5% x 200,000 = 10,000
Tahun 2 - 5% x 210,000 = 10,500
Tahun 3 - 5% x 220,500 = 11,025

Jumlah dividen terkumpul = RM31,525

Baki hutang selepas 3 tahun = RM192,745 (Rujuk Loan Calculator)

Maka Pulangan Prinsipal (Surrender Value) = 200,000 - 192,745 = RM7,255

Jumlah Simpanan: 
31,525 + 7,255= RM38,780 ✓

Jadi selepas 3 tahun, korang dah berjaya kumpul RM38K. Banyak tak? Takla banyak sangat tapi cukuplah untuk korang kahwin. 

Katakan kos kahwin RM20,000 (jangan membazir ye), korang akan ada balance RM18K. Jadi RM18K ni boleh beli dulu kereta 2nd hand cash. Myvi pun boleh dapat. Duit tu juga boleh guna untuk pindah masuk rumah sewa. Banyak jugak kos kalau nak masuk rumah baru ni. 

Kalau pasangan korang pun simpan jumlah yang sama, korang ada extra RM38K lagi. Boleh la nk upgrade pakai kereta yang lebih selesa. 

⚠️ Umur 25 (Dah berkahwin)

Masa ni korang dah berkahwin. Mesti target nak ada rumah sendiri pulak kan? Yang terbaik target beli rumah sebelum umur 30. Masa ni gaji mungkin dah naik jadi RM2,500-3,000. Jadi korang set target lagi 3 tahun nak beli rumah. Untuk beli rumah korang kena ada deposit kan? Jadi korang ulang balik step di atas. Apply ASBF 200K, layan teknik compounding selama 3 tahun. Korang buat simpanan suami isteri.

Selepas 3 tahun, korang ada simpanan lebih kurang RM38K setiap orang. Total RM76K lah. Jadi dah cukup untuk buat deposit rumah. Belilah rumah bertingkat subsale dulu yang harga lebih kurang RM300K kalau di kawasan bandar. Kalau kat kawasan kampung mungkin boleh dapat rumah teres. 

Beli 2 buah rumah, sebuah rumah nama suami, sebuah lagi nama isteri. Rumah atas nama suami korang duduk sendiri. Rumah atas nama isteri sewakan. Installment bulan-bulan bayar guna duit sewa. 

So masa ni, barulah korang boleh upgrade kereta. Beli kereta baru yang lebih selesa. Anak pun mungkin dah ada 1-2 orang. Ini baru betul, beli rumah dulu sebelum beli kereta, supaya komitmen kereta tak ganggu kelayakan untuk apply loan rumah. 

Untuk duit bayaran installment rumah nama isteri, kan penyewa dah bayar. Jadi bahagian gaji isteri boleh guna untuk installment bulanan kereta baru. Bahagian suami bayar la installment rumah duit sendiri. Isteri pergi kerja naik kereta baru, suami naik kereta lama pun ok. Sayang isteri kan. 

⚠️ Umur 28 (Dah berkahwin, ada rumah untuk tinggal dan rumah pelaburan, ada kereta baru).

Masa ni komitmen bulanan mungkin dah tinggi. Tapi gaji korang pun akan naik jugak mungkin lebih kurang RM3,000 - 3,500. Kalau masih mampu simpan setiap bulan, korang boleh ulang balik simpanan ASBF teknik compounding tadi. Kalau tak mampu nak buat 200K sebab komitmen dah tinggi, boleh buat jumlah yang lebih rendah. Boleh ejas ikut kemampuan masing-masing. 

Mesti korang ada target nak kumpul duit untuk pendidikan anak, persaraan, nak buat bisnes, pergi umrah, melancong dan lain-lain. Mungkin juga masa ni korang target nak beli rumah impian pulak. Semua tu perlukan duit bro. Nak tak nak, korang tetap kena simpan setiap bulan. 

Paling busuk pun kalau bulanan tak boleh simpan, korang boleh gunakan cash lebihan simpanan lama-lama tu untuk buat ASBF teknik rolling dividen. Daripada biar duit tu tidur tak berkembang, baik buat modal untuk teknik rolling dividen. 

Masa ni korang mesti dah pandai dan nampak jalan macam mana nak kembangkan duit guna ASBF. Maklumlah dah ada pengalaman sebelum-sebelum ni. 

Jadi untuk target-target seterusnya, tak perlulah ditulis disini. Nanti panjang sangat nak kena baca kan. Nak lukis tak pandai. Cukuplah sampai dapat kahwin, beli rumah dan beli kereta. 

Kalau merancang saja pun tak guna kalau tak ada tindakan. Jadi korang kena mulakan simpanan secepat mungkin. Lagi lambat mula, lagi lambat lah korang dapat capai impian korang. Korang tak semestinya start dengan RM200K terus, boleh start kecik-kecik dulu ikut kemampuan. Gameplan di atas tu contoh je. 

📌 Gameplan ni pun tidak semestinya hanya untuk fresh graduate. Kadang-kadang yang tak fresh pun masih gagal buat simpanan dan beli rumah. Mungkin disebabkan sebelum ni terpaksa menampung keperluan keluarga atau tersilap langkah di awal zaman pekerjaan. So boleh restructure balik kewangan dan follow gameplan di atas. 

📌 Ingat, duit tak boleh beli segala-galanya, tapi segala-galanya sekarang perlukan duit. Simpanlah untuk masa depan. Bagi sesiapa yang nak start menyimpan, boleh terus wasap saya;

NOTA: 

Ada banyak lagi posting dan sharing mengenai ASB financing, boleh klik kat page atas, ASBF atau KLIK SINI. 

atau klik pada tag ASBF pada atas post ni. 

Disclaimer: Kiraan dividen/interest/rate/keuntungan (jika dinyatakan) diatas ialah untuk contoh sahaja. Hasil sebenar mungkin berbeza, tidak tetap dan boleh berubah bila-bila masa. 

Kini lebih mudah untuk buat ASBF, tak perlu walkin ke bank, online jer. 

Bagi sesiapa yang dah ready nak melabur/simpanan,

Sila KLIK SINI untuk saya bantu anda. Jangan risau,  FREE QUOTATION !!!

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment ^_^