Monday, 4 April 2022

BELI RUMAH ATAU BUAT ASB FINANCING DULU??

BELI RUMAH ATAU BUAT ASB FINANCING DULU??

Bagi anak muda, ramai yang masih keliru sama ada nak buat ASB Financing atau nak beli rumah dahulu. Sebelum membuat keputusan, kenali dulu kekuatan kewangan diri sendiri. 





Persediaan sebelum membuat ASBF

Sebelum membuat keputusan untuk apply ASBF, pastikan kita mempunyai sumber kewangan untuk membayar installment kepada bank setiap bulan. 

Sama ada menggunakan gaji bulanan atau menggunakan simpanan sedia ada. 

Pastikan amount yang dipohon sesuai dengan kemampuan bayaran bulanan masing-masing. Buat ikut kemampuan diri sendiri, jangan ikut orang lain.

Bagi ASBF, anda tak perlu terlalu risau jika tak dapat bayar ansuran bulanan kerana jika tertunggak 2 bulan, bank akan terus terminate (jual) sijil ASB anda. 

Memang dalam rekod ccris anda akan ada rekod gagal membayar bulanan, tapi selepas anda setelkan tunggakan tersebut, rekod tersebut akan dipadamkan oleh pihak bank. Jadi, tak terteban sangat pun sebab 2 bulan saja tunggakan. 

Bagi individu yang telah lama membayar ansuran, jika bank terminate sijil ASB anda, kemungkinan besar tiada tunggakan kerana interest bank akan dibayar menggunakan prinsipal terkumpul. Jadi nama anda akan clear daripada rekod ccris setelah selesai penjualan sijil. 

Bagi ASBF, jika anda sudah selesaikan bayaran selama 12 bulan, secara tak langsung komitmen anda sudah selesai kerana jika tak dapat nak buat bayaran bulanan, anda boleh bayar menggunakan dividen (Guna teknik rolling dividen dan nikmati pendapatan pasif).

Persediaan Sebelum Membeli Rumah

Membeli rumah adalah lebih rumit berbanding ASBF. Katakan anda ingin membeli rumah yang berharga RM200K, anda perlu sediakan deposit 10% dan legal fee 5%. Keseluruhan 15% bersamaan RM30K. 

Bagi rumah undercon, biasanya pemaju akan beri Rebate 10% untuk deposit, dan pembeli hanya perlu sediakan duit booking RM1K. Tapi legal fee perlu disediakan juga oleh pembeli sekitar 5-8K bergantung kepada harga rumah. Masalahnya, rumah undercon (apartment) kebiasaannya berharga sekitar RM300K minimum bagi area Lembah Klang. Ramai yang tak layak berdasarkan gaji. 

So pointnya:
1. Nak beli rumah subsales kena standby cash yang banyak.
2. Nak beli rumah undercons harga pulak mahal dan susah nak lepas loan.

Perkara ini menjadi penghalang bagi golongan muda untuk memiliki rumah.

Selain itu, kecairan rumah juga adalah rendah. Proses jual beli rumah memakan masa yang lama berbanding penjualan sijil ASB. Jika anda gagal membayar ansuran bulanan rumah anda terpaksa berdepan dengan risiko rumah dilelong. Oleh itu, sebelum membeli rumah, pastikan anda betul2 mampu memberikan komitmen bulanan yang bakal ditanggung selama berpuluh tahun. Sebelum beli rumah juga, pastikan anda ada simpanan emergency 6 bulan gaji. 

Risiko & Keuntungan

Setiap pelaburan mematuhi konsep High Risk High Return. Pelaburan hartanah adalah lebih menguntungkan (jika membuat pembelian yang betul dan diuruskan dengan betul) tapi risiko mengalami kerugian juga lebih tinggi. ASBF pula lebih rendah risiko dan keuntungan tidaklah setinggi keuntungan hartanah, tetapi lebih tinggi keuntungannya berbanding medium simpanan yang lain. 

Pilihan anak muda

Bagi anak muda yang sudah bersedia untuk membeli rumah, anda digalakkan untuk membeli rumah seawal yang mungkin. Tapi bagi yang masih belum bersedia, saya sarankan anda layan dulu ASBF 2-3 tahun... 

Kenapa perlu layan ASBF dulu?

1. Kumpul deposit rumah dan dana kecemasan.
2. Belajar bayar komitmen bulanan.
3. Cipta rekod ccris yang baik.
4. Belajar dokumentasi pembiayaan.
5. Cari ilmu pelaburan hartanah dahulu.

Bila dah bersedia nanti, boleh terminate ASBF dan apply loan rumah pulak. 

Nak beli rumah, pastikan beli rumah yang betul. Dapatkan ilmu pasal hartanah. Kalau salah beli rumah, merana selama-lama. Bukan senang nk jual atau cairkan hartanah. 

Kebanyakan Agent hartanah pasti cakap setiap rumah yang dia nak jual terbaik, pelaburan yang menguntungkan, lagi 5 tahun harga pasti naik, nanti jual dapat keuntungan berganda dan lain-lain. Semuanya semudah ABC. Sebabnya, dia nak jual rumah tersebut. 

Sebagai pembeli, pastikan anda buat kajian sendiri dan jangan percaya 100%.Timba ilmu pasal hartanah terlebih dahulu. Jangan terburu-buru kalau belum bersedia. Biar lambat sedikit beli rumah, asalkan beli rumah yang betul. 

Penafian: Segala teknik dan tips yang dikongsikan adalah berdasarkan pengalaman dan kajian Penulis secara peribadi untuk meningkatkan keuntungan pelaburan ASB. Tidak ada kaitan dengan amalan mana-mana bank atau syarikat.




NOTA: 

Ada banyak lagi posting dan sharing mengenai ASB financing, boleh klik kat page atas, ASBF atau KLIK SINI. 

atau klik pada tag ASBF pada atas post ni. 

Disclaimer: Kiraan dividen/interest/rate/keuntungan (jika dinyatakan) diatas ialah untuk contoh sahaja. Hasil sebenar mungkin berbeza, tidak tetap dan boleh berubah bila-bila masa. 

Kini lebih mudah untuk buat ASBF, tak perlu walkin ke bank, online jer. 

Bagi sesiapa yang dah ready nak melabur/simpanan, 

Sila KLIK SINI untuk saya beritahu rate terkini. FREE QUOTATION !!!


No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment ^_^