Tuesday, 19 April 2022

BERAPA DIVIDEN YANG DAPAT KALAU BUAT ASBF TAK CUKUP SETAHUN??

BERAPA DIVIDEN YANG DAPAT KALAU BUAT ASBF TAK CUKUP SETAHUN??

Kiraan dividen ASB adalah mengikut kaedah PURATA BAKI TERENDAH BULANAN. Bagi pelabur yang simpanan tak cukup setahun, maka dividen yang diperoleh juga adalah sebahagian sahaja.




Nota: Disburse = Duit masuk ke akaun ASB

Contoh:

1. ASBF200K.
Loan Disburse: Hujung bulan 5
Kiraan Dividen: bermula bulan 6
Tempoh simpanan: 7 bulan (6-12)
Jika dividen 5%, 
- 7/12 x 5% x 200,000 = RM5,833.33

2. ASBF100K.
Loan Disburse: Awal bulan 10
Kiraan Dividen: bermula bulan 11
Tempoh simpanan: 2 bulan (11-12)
Jika dividen 5%, 
- 2/12 x 5% x 100,000 = RM833.33

3. ASBF200K
Bermula dari awal tahun atau tahun sebelumnya (bulan 1).
Fully terminate pada bulan 9.
Kiraan dividen: Bulan 1-8 (8 bulan)
Jika dividen 5%, 
- 8/12 x 5% x 200,000 = RM6,666.67

Kiraan ini tak termasuk simpanan cash yang ada dalam akaun ASB. Kalau ada lebih lagi lah dapat. 

Penafian: Segala teknik dan tips yang dikongsikan adalah berdasarkan pengalaman dan kajian Penulis secara peribadi untuk meningkatkan keuntungan pelaburan A$B. Tidak ada kaitan dengan amalan mana-mana bank atau syarikat.

NOTA: 

Ada banyak lagi posting dan sharing mengenai ASB financing, boleh klik kat page atas, ASBF atau KLIK SINI. 

atau klik pada tag ASBF pada atas post ni. 

Disclaimer: Kiraan dividen/interest/rate/keuntungan (jika dinyatakan) diatas ialah untuk contoh sahaja. Hasil sebenar mungkin berbeza, tidak tetap dan boleh berubah bila-bila masa. 

Kini lebih mudah untuk buat ASBF, tak perlu walkin ke bank, online jer. 

Bagi sesiapa yang dah ready nak melabur/simpanan,

Sila KLIK SINI untuk saya bantu anda. Jangan risau,  FREE QUOTATION !!!

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment ^_^