Tuesday, 5 April 2022

TABUNG PENCEN RM150K UNTUK SURI RUMAH

TABUNG PENCEN RM150K UNTUK SURI RUMAH 

Suami yang sayangkan isterinya pasti akan memikirkan masa depan isteri di hari tua kelak. Bagi isteri yang tak bekerja atau sudah berhenti kerja, pasti tiada caruman kwsp atau hanya ada sedikit sahaja simpanan. 




Dengan bermodalkan RM4,620 atau (RM385 x 12 bulan ansuran bulanan), anda boleh mewujudkan TABUNG PERSARAAN suri rumah sebanyak +-RM150K. 

Caranya mudah sahaja:

1. Apply A$BF 100K untuk isteri anda (Suami Jadi Pemohon Bersama. Guna payslip suami sebab isteri tiada payslip).

2. Jika ada simpanan RM4,620, boleh buat bayaran secara lump sum untuk satu tahun. Kalau tiada, buat simpanan bulanan RM385 selama 12 bulan sahaja. Yang penting kena selesaikan bayaran untuk tahun pertama sahaja.

3. Tahun kedua, andai dividen diumumkan 5.0%, isteri anda dapat dividen RM5,000.

4. Ambil RM4,620 daripada dividen untuk bayar ansuran tahun kedua. (Tiada lagi komitmen untuk bayar guna duit sendiri.)

5. Baki RM380, simpan dalam A$B supaya terkompaun.

6. Ulang sehingga tamat pembiayaan (40 tahun). Kalau nak stop awal pun boleh. 

7. Jika kadar dividen tetap pada 5.0% setiap tahun dan kadar keuntungan bank kekal pada 3.45%, hasil simpanan terkumpul lebih kurang RM150K (Hasil sebenar mungkin berbeza. Bergantung kepada kadar dividen). - Jika pembiayaan ditamatkan lebih awal, hasil juga berbeza.

Hasil;

- Sijil Habis bayar RM100,000
- Baki dividen terkompoun RM46,846
- Dividen tahun akhir = RM5,000.
JUMLAH = RM151,846✓

8. Dengan modal RM4,620, dapat menghasilkan simpanan persaraan RM150K untuk isteri. 

Kalau duit RM4,620 disimpan dalam ASB biasa selama 40 tahun, hasilnya cuma RM32,500 sahaja berdasarkan dividen 5%.

Barulah jadi suami yang kacak.

📌 Komitmen tinggi pun layak jika nak bayar lump sum setahun terus. 

📌  Kalau ada modal RM9,240, boleh terus buat sijil 200K. Hasilnya nanti lebih kurang 300K. Lagi kacak suami yang macam ni kan... para isteri tu jangan lupa share posting ni dengan para suami...hehehe



Penafian: Segala teknik dan tips yang dikongsikan adalah berdasarkan pengalaman dan kajian Penulis secara peribadi untuk meningkatkan keuntungan pelaburan. Tidak ada kaitan dengan amalan mana-mana bank atau syarikat.

NOTA: 

Ada banyak lagi posting dan sharing mengenai ASB financing, boleh klik kat page atas, ASBF atau KLIK SINI. 

atau klik pada tag ASBF pada atas post ni. 

Disclaimer: Kiraan dividen/interest/rate/keuntungan (jika dinyatakan) diatas ialah untuk contoh sahaja. Hasil sebenar mungkin berbeza, tidak tetap dan boleh berubah bila-bila masa. 

Kini lebih mudah untuk buat ASBF, tak perlu walkin ke bank, online jer. 

Bagi sesiapa yang dah ready nak melabur/simpanan, 

Sila KLIK SINI untuk saya beritahu rate terkini. FREE QUOTATION !!!


No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment ^_^