Friday, 1 April 2022

CARA KIRA PULANGAN PRINSIPAL ASBF

CARA KIRA PULANGAN PRINSIPAL ASBF 

Selain dividen, pulangan ASB Financing adalah dalam bentuk prinsipal. Prinsipal adalah bayaran hutang pokok yang dibayar setiap bulan kepada bank. Bayaran bulanan akan dibahagikan kepada keuntungan bank  (interest) dan prinsipal (bayaran hutang pokok). 




Interest adalah hak milik bank atas keuntungan berdasarkan wang yang bank pinjamkan kepada pelabur. Jadi hutang hanya akan berkurang berdasarkan bayaran prinsipal. 

Nota: Interest dan principal adalah istilah yang digunakan secara umum. Tapi dalam pembiayaan islamic, tiada interest yang dikenakan. Tetapi istilah "bank profit" iaitu keuntungan jual beli berdasarkan akad. So, tak payah pening-pening nak fikir halal haram. Islamic financing ni ada badan syariah yang memantau. Kita sebagai rakyat biasa, guna je kemudahan yang ada. Tak perlu pertikai.

Cara kira pulangan principal:

Apps: Financial calculator > Loan Calculator

STEP 1.
Masukkan detail loan.

Cth: ASBF 200K, Rate 3.45%, 40 tahun.

STEP 2.
Tekan 'calculate'.

Keluar detail payment kepada bank.

Bulanan: RM768.80

STEP 3.
Tekan 'amortization'.

Keluar list bayaran bulanan. No di tepi kiri mewakili bulan. Balance di tepi kanan mewakili baki hutang kepada bank.

STEP 4.
Formula kiraan pulangan prinsipal:

Nilai sijil - baki hutang = Prinsipal

Cth: Selepas 10 tahun (120 bulan), baki hutang tinggal RM172,540.32

Prinsipal = 200,000 - 172,275.40 = RM27,724.60.

Selain daripada dividen, prinsipal juga adalah hak milik pelabur selepas pembiayaan ditamatkan. Kedua-dua dividen dan prinsipal perlu ditambah untuk mendapatkan hasil simpanan keseluruhan.

[Kiraan prinsipal boleh berubah jika kadar pembiayaan bank berubah.]

Sekian, semoga bermanfaat...

Untuk maklumat lanjut dan personal coaching A$BF secara PERCUMA boleh hubungi saya;
NOTA: 

Ada banyak lagi posting dan sharing mengenai ASB financing, boleh klik kat page atas, ASBF atau KLIK SINI. 

atau klik pada tag ASBF pada atas post ni. 

Disclaimer: Kiraan dividen/interest/rate/keuntungan (jika dinyatakan) diatas ialah untuk contoh sahaja. Hasil sebenar mungkin berbeza, tidak tetap dan boleh berubah bila-bila masa. 

Bagi sesiapa yang dah ready nak melabur/simpanan, 

Sila KLIK SINI untuk saya beritahu rate terkini. FREE QUOTATION !!!

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment ^_^