Tuesday, 19 April 2022

FORMAT KERTAS 4 EXAM SHO 2022

Hai semua.

Bakal menduduki kertas 4 peperiksaan pegawai keselamatan dan kesihatan?

Baca format terkini kertas 4.

Mempunyai 2 bahagian iaitu:

1.Workplace Assignment (WPA) 
2. Peperiksaan Lisan (berdasarkan WPA yang dihantar)


BAHAGIAN 1: WORKPLACE ASSIGNMENT (TUGASAN TEMPAT KERJA)

A. TUGASAN TEMPAT KERJA
1. Pilih satu tempat kerja. Ia boleh terdiri daripada keseluruhan tempat kerja atau satu bahagian di tempat kerja tersebut.
2. Kenal pasti sekurang-kurangnya 6 hazard keselamatan dan kesihatan termasuk sekurang-kurangnya 2 hazard kesihatan di tempat kerja. Bincangkan teknik yang digunakan untuk mengenal pasti setiap hazard tersebut.
3. Anggar risiko-risiko keselamatan dan kesihatan yang wujud daripada setiap hazard tersebut.
4. Senarai dan susun enam hazard yang telah dikenalpasti mengikut tahap kekritikalan risikonya. Tentukan hazard keselamatan dan hazard kesihatan yang paling kritikal.
5. Cadang dan bincangkan langkah-langkah kawalan untuk menghapuskan atau mengurangkan kedua-dua risiko hazard-hazard kritikal tersebut.
6. Sarankan program semakan semula terhadap langkah-langkah kawalan yang dinyatakan dalam perkara (5) untuk memastikan kecekapan pengurusan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.


B. FORMAT LAPORAN
1. Tugasan ini mesti ditaip dengan jelas menggunakan samada Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
2. Tulisan yang digunakan mestilah Times New Roman yang bersaiz 12 dan menggunakan langkau 2 baris (double spacing) kecuali tajuk halaman dan abstrak 1 baris (single spacing).
3. Margin kiri dan kanan mestilah berukuran 2.5 cm, manakala margin atas dan bawah mestilah berukuran 3 cm dan diformatkan kepada saiz kertas A4.
4. Gunakan sebelah halaman kertas sahaja.
5. Laporan mesti mempunyai muka depan (lampiran 1) dan dijilid secara “comb binding”.

CALON DIKEHENDAKI MENYEDIAKAN LAPORAN BERDASARKAN FORMAT DI BAWAH. MARKAH MAKSIMUM BAGI SETIAP SEKSYEN DINYATAKAN DALAM KURUNGAN ( )

1. ABSTRAK (10 markah)
Ringkasan mengenai latarbelakang laporan, objektif laporan, kaedah yang digunakan dan hasil yang diperolehi, saranan kawalan yang dibuat untuk memanfaatkan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.

2. PENGENALAN (8 markah)
Satu keterangan ringkas mengenai organisasi dan tempat kerja yang dipilih. 

Keterangan tersebut mestilah meliputi carta organisasi, bilangan pekerja, aktiviti, proses kerja keseluruhan, proses kerja untuk laporan secara spesifik dan persekitaran kerja dari segi keselamatan dan kesihatan.

Sebarang gambarajah dan gambar foto yang dirujuk dalam teks boleh dimuatkan dalam seksyen ini atau dalam lampiran.

3. OBJEKTIF (3 markah)
Nyatakan objektif laporan.

4. KAEDAH (21 markah)
4. 1 Terangkan tiga kaedah yang digunakan untuk mengenalpasti hazard keselamatan dan kesihatan tersebut.

4. 2 Terangkan secara terperinci kaedah penaksiran risiko (anggaran risiko dan penilaian risiko). Sediakan matriks yang digunakan, keterangan kebarangkalian dan keterukan dan tindakan yang perlu diambil.

5. HASIL DAN PERBINCANGAN (20 markah)
5. 1 Nyatakan dan jadualkan 6 hazard (sekurang-kurangnya 2 hazard kesihatan) mengikut tahap kekritikalan risikonya.

5. 2 Susun hazard berdasarkan ‘rating’ risiko yang diperolehi.

5. 3 Rasionalkan pilihan anda dan mengikut hazard yang paling kritikal (1 hazard keselamatan dan 1 hazard kesihatan ).

5. 4 Terangkan kesan setiap risiko keselamatan dan kesihatan yang paling kritikal yang telah dikenalpasti kepada organisasi.

6. SARANAN (30 markah)
6. 1 Terangkan secara terperinci langkah-langkah kawalan mengikut hirarki kawalan risiko (langkah pencegahan dan pembetulan) yang dicadangkan untuk mengawal HAZAD KESELAMATAN yang paling kritikal

6. 2 Terangkan secara terperinci langkah-langkah kawalan mengikut hirarki kawalan risiko (langkah pencegahan dan pembetulan) yang dicadangkan untuk mengawal HAZAD KESIHATAN yang paling kritikal.

6. 3 Terangkan langkah-langkah semakan semula yang dicadangkan terhadap langkah-langkah kawalan di dalam sub-seksyen 6.1 dan 6.2.

6. 4 Bincangkan keuntungan daripada saranan dalam sub-seksyen 6.1 dan 6.2 kepada organisasi.


7. RUJUKAN/SUMBER (3 markah)
Senaraikan semua rujukan yang dirujuk dalam laporan ini. Maklumat seperti nama pengarang, tajuk, penerbit dan tahun hendaklah dinyatakan.

 Contoh:

i. Rujukan buku :Hillman,Multimedia Technology and Application.Delmal
Publisher.1998

ii. Rujukan laman web :OSHA.Personal Protective Equipment.OSHA 1995
http://www.osha.gov/oshpubs/perpro.html

Pastikan rujukan-rujukan ini adalah rujukan silang di dalam di dalam teks.


8. LAMPIRAN (5 markah)
Hanya lampiran yang telah dirujuk di dalam laporan sahaja perlu dilampirkan seperti gambarajah, diagram, laporan, gambar, borang soal selidik dan sebagainya.



C. PENGESAHAN TUGASAN TEMPAT KERJA
Anda dikehendaki mengesahkan bahawa Kertas Tugasan Tempat Kerja yang dihantar kepada Sekretariat Peperiksaan adalah hasil kerja anda sendiri.

Sila isikan borang pengesahan yang dihantar oleh sekretariat peperiksaan kepada calon dan menjilidkannya bersama dengan Tugasan Tempat Kerja di mukasurat pertama Kertas Tugasan Tempat Kerja anda. 

Borang pengesahan ini perlu dimuat turun dari laman web NIOSH di www.niosh.com.my.

klik pautan (intranet.niosh.com.my/exam/sppn.nsf) EXAMINATION > Sistem Permohonan Peperiksaan NIOSH > Perakuan Tugasan Tempat Kerja (Kertas 4)

D. SERAHAN SEMULA TUGASAN TEMPAT KERJA
1. Laporan yang lengkap mestilah dihantar melalui SERAHAN SEGERA/ SURAT BERDAFTAR atau SERAHAN TANGAN kepada alamat di bawah.

Sekretariat Peperiksaan SHO
Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH)
Level 3, Menara NIOSH Bangi
Lot 1, Jalan 15/1, Seksyen 15
43650 Bandar Baru Bangi2.

 PERINGATAN: Anda perlu memberi masa secukupnya untuk urusan penghantaran pos. Laporan yang lewat dihantar tidak akan diterima dan dinilai. Pihak NIOSH tidak akan bertanggungjawab ke atas laporan tugasan yang dihantar lewat atau tidak sampai pada tarikh yang ditetapkan.


2. PEPERIKSAAN LISAN (KERTAS IV BAHAGIAN 2)
1. Peperiksaan Lisan adalah berdasarkan kepada laporan tugasan anda dan pengetahuan anda dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Anda dikehendaki membentangkan secara lisan laporan anda seolah-olah anda membentangkannya kepada pihak pengurusan atasan organisasi anda dalam tempoh masa tidak melebihi 10 minit. 

Pembentangan tersebut hendaklah merangkumi perkara-perkara berikut:
a) Pengenalan tempat kerja dan objektif laporan.
b) Kaedah penaksiran risiko dan matriks risiko yang digunakan
c) Hasil kajian & Perbincangan
d) Saranan
Selangor Darul Ehsan


 

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment ^_^