ILMU PELABURAN: RULE OF 72
Rule of 72 digunakan untuk mengira tempoh yang diambil untuk sesuatu simpanan secara lump sum (sekaligus) berganda sebanyak dua kali.
Formula
Tempoh simpanan = 72 / peratus dividen
Sebagai contoh,
1⃣ Jika kita memiliki cash sebanyak RM10,000 dan kita berhajat untuk menggandakan wang kepada RM20,000. Simpanan di dalam A$B biasa (anggaran dividen 5%) memerlukan masa selama:
72/5 = 14.4 tahun✔
2⃣ Jika disimpan di dalam dana yang memberikan pulangan 10% setahun, masa yang diambil adalah:
72/10 = 7.2 tahun✔
3⃣ Tapi jika kita lebih bijak, kita hanya perlukan masa lebih kurang 3 tahun sahaja menggunakan teknik manipulasi A$B.
Ya, 3 tahun sahaja bro!!!
Macam mana tu? 🤔
✓ Guna Teknik Rolling Dividen je bro...
Contoh:
▪ASBF 200K
▪Rate 3.45%
▪Tempoh 40 tahun
▪Bulanan RM770
▪Tahunan RM9,240 (Modal Setahun)
▪Anggaran Dividen = 5.0% setahun
🔺 Tahun 1
Dividen: 5.0% x 200K = RM10,000
Ambil dividen RM9,240 bayar untuk setahun, baki RM760 simpan.
🔺 Tahun 2
Dividen: 5.0% x 200K = RM10,000
Ambil dividen RM9,240 bayar untuk setahun, baki RM760 simpan.
🔺 Tahun 3
Dividen: 5.0% x 200K = RM10,000 (Stop)
▪Jumlah dividen terkumpul:
760 + 760 + 10,000 = RM11,520✓
▪Jumlah prinsipal terkumpul:
Baki hutang selepas 3 tahun (36 bulan) lebih kurang RM192,750 (Boleh rujuk loan calculator).
200,000 - 192,750 = RM7,250✓
▪Hasil keseluruhan:
11,520 + 7,250 = RM18,770✓
Dalam masa 3 tahun sahaja, kita boleh kembangkan duit lebih kurang 2 kali ganda.
Kalau ikutkan rule of 72,
[Annual Return = 72 / tahun]
= 72/3
= 24%✓
Maka, keuntungan teknik di atas bersamaan dengan hasil simpanan di tempat yang memberikan keuntungan 24% setahun. Ok la kan??
Kiraan berdasarkan dividen 5.0% dan bank profit 3.45%. Hasil sebenar mungkin berbeza.
Penafian: Segala teknik dan tips yang dikongsikan adalah berdasarkan pengalaman dan kajian Penulis secara peribadi untuk meningkatkan keuntungan pelaburan A$B. Tidak ada kaitan dengan amalan mana-mana bank atau syarikat.
NOTA:
Ada banyak lagi posting dan sharing mengenai ASB financing, boleh klik kat page atas, ASBF atau KLIK SINI.
atau klik pada tag ASBF pada atas post ni.
Disclaimer: Kiraan dividen/interest/rate/keuntungan (jika dinyatakan) diatas ialah untuk contoh sahaja. Hasil sebenar mungkin berbeza, tidak tetap dan boleh berubah bila-bila masa.
Kini lebih mudah untuk buat ASBF, tak perlu walkin ke bank, online jer.
Bagi sesiapa yang dah ready nak melabur/simpanan,
Sila KLIK SINI untuk saya beritahu rate terkini. FREE QUOTATION !!!
No comments:
Post a Comment
Thank you for your comment ^_^