Sunday, 17 April 2022

KENAPA ASB FINANCING KENA BUAT TEMPOH PALING PANJANG? NO 5 RAMAI TAK TAHU.

KENAPA ASB FINANCING KENA BUAT TEMPOH PALING PANJANG?

Kita buat tempoh panjang contohnya 40 tahun bukan bermakna kita perlu habis bayar sampai tempoh tersebut. Ia hanyalah strategi pelaburan. Nak berhenti selepas 3 atau 5 tahun pun boleh. Malah, selepas setahun pun boleh. Tak ada masalah. Tapi, sebelum buat sesuatu kita wajib tahu apa sebabnya. 




1. PERATUS KEUNTUNGAN TINGGI 

- Semakin panjang tempoh, semakin murah bayaran bulanan. Jadi modal untuk mendapatkan sijil yang besar adalah minimum. Kita kena faham, dividen ASB dapat berdasarkan nilai sijil ASB, bukan berdasarkan bayaran bulanan. 

- Sijil 200K yang dibayar RM1100 dengan yang dibayar RM770 setiap bulan, walaupun bayaran bulanan berbeza, dividen yang diperoleh tetap sama. Cuma bagi tempoh yang lebih pendek, nilai bayaran prinsipal adalah lebih tinggi.

2. DEBT SERVICE RATIO (DSR) 

- ASBF adalah melibatkan pembiayaan bank. Jadi ia berkait rapat dengan DSR - Kelayakan Pembiayaan/Pinjaman. 

- Jika tempoh ditarik sepanjang yang mungkin, bayaran bulanan lebih rendah. Maka permohonan ASBF lebih mudah diluluskan. 

- Selepas ASBF lulus, kelayakan pembiayaan lain selepas itu juga lebih mudah lulus jika bayaran bulanan ASBF lebih rendah. Nak beli rumah or kereta lepas ni senang sebab komitmen jadi rendah. 

3. CASH FLOW (DIVIDEN VS KOMITMEN) 

- Apabila tempoh pembiayaan lebih panjang, komitmen tahunan juga lebih rendah. Ini akan mewujudkan positive cash flow apabila dividen yang diperoleh lebih tinggi berbanding bayaran setahun. 

- Contoh ASBF 100K, tempoh 40 tahun, bayaran tahunan RM4620. Jika dividen hanya 4.7%, dapat RM4,700. So, dah berjaya cipta positive cash flow. 

4. MODAL ROLLING DIVIDEN 

- Bila tempoh panjang, dividen yang dapat lebih tinggi daripada bayaran tahunan. Maka boleh rolling bayar guna dividen tanpa perlu topup duit sendiri. 

5. TAK PERLU BAYAR SAMPAI HABIS TEMPOH PUN 

- Dulu ramai yang salah faham. Kononnya kalau buat tempoh panjang, nanti kena bayar sampai habis tempoh tersebut. Sebenarnya boleh je berhenti awal ikut matlamat masing-masing. Terminate je, dapat pulak duit principal bank pulangkan.

Penafian: Segala teknik dan tips yang dikongsikan adalah berdasarkan pengalaman dan kajian Penulis secara peribadi untuk meningkatkan keuntungan pelaburan ASB. Tidak ada kaitan dengan amalan mana-mana bank atau syarikat.

📌Bagi sesiapa yang dah bersedia untuk mulakan simpanan, boleh terus tekan link di bawah. Saya bantu proses sampai lulus. 


NOTA: 

Ada banyak lagi posting dan sharing mengenai ASB financing, boleh klik kat page atas, ASBF atau KLIK SINI. 

atau klik pada tag ASBF pada atas post ni. 

Disclaimer: Kiraan dividen/interest/rate/keuntungan (jika dinyatakan) diatas ialah untuk contoh sahaja. Hasil sebenar mungkin berbeza, tidak tetap dan boleh berubah bila-bila masa. 

Kini lebih mudah untuk buat ASBF, tak perlu walkin ke bank, online jer. 

Bagi sesiapa yang dah ready nak melabur/simpanan, 

Sila KLIK SINI untuk saya beritahu rate terkini. FREE QUOTATION !!!


No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment ^_^