Monday, 25 April 2022

MODUS OPERANDI SCAMMER DI ISTANBUL

Hai semua.



Hari ni aku tertarik untuk kongsikan modus operandi scammer di Istanbul yang dikongsi kan di FB page Aku dan Istanbul. Recommended untuk ambil tour guide dengan mereka.

1) Buat2 macam terserempak dengan kita. 

2) Tanya kita dari negara Malaysia/Indonesia ke ?

3) Scammer akan bagitahu dorang dalam planning nak bercuti ke Malaysia.

4) Scammer akan minta nak tengok macam mana rupa duit Malaysia

5) Kalau anda buka wallet depan mereka nak tunjuk duit Malaysia, percayalah dalam sepantas kilat sekeping duit Euro/USD yang ada dalam wallet anda akan hilang. Anda hanya akan perasan selepas itu.

6) Atau scammer cakap dorang baru kena pick pocket. Nak minta bantuan duit beli tiket flight atau nak beli makan. 

Apa perlu kita buat jika terserempak dengan mereka ?


Setiap kali ada orang cuba approach tak usah layan. Buat tak layan je. Jangan cuba nak permainkan scammer ni pula sebab mereka ni ada sindiket. Tag family & kawan2 anda yang akan ke Istanbul.

 Jika anda rasakan post ini bermanfaat, kongsikan dengan rakan-rakan yang lain. Sila beritahu dengan segera jika ada kandungan didalam post ini yang salah infonya, atau yang sewaktu dengannya. Doakan semoga Amira Yusof dimurahkan rezeki, dipermudah semua urusan di dunia dan diakhirat. Aminnn.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment ^_^