Thursday, 7 April 2022

PERBEZAAN PELABURAN ASBF DENGAN ILMU DAN TANPA ILMU

PERBEZAAN PELABURAN DENGAN ILMU DAN TANPA ILMU

Zamri, Abu dan Salimon berumur 30 tahun. Ketiga-tiga mereka mampu simpan RM500 setiap bulan. Target simpanan selama 10 tahun. Tapi ketiga-tiga mereka menggunakan strategi berbeza. Pengiraan di bawah dibuat berdasarkan dividen 5% dan bank profit 3.5%. 




Zamri - Simpanan ASB Biasa

Zamri memilih simpanan ASB biasa tanpa melibatkan pembiayaan bank. Katanya rugi buat ASBF sebab nanti bank kenakan interest. Jadi Zamri simpan setiap bulan RM500 dalam ASB Biasa. 

Jumlah simpanan: 500 x 120 = RM60,000

Hasil simpanan:
Duit pokok: RM60,000
Dividen: RM17,496
Jumlah: RM77,496✓


Abu - Teknik Palatao

Abu memilih Teknik Palatao kerana tak mahu bank untung banyak. Abu apply untuk tempoh 10 tahun sahaja. Interest yang dia bayar kepada bank pun tak banyak. Jadi dengan kemampuan simpanan RM500 setiap bulan, Abu apply ASBF;

▪️Sijil ASBF 50K
-Tempoh 10 tahun
-Rate 3.5%
-Bulanan RM495
-Jumlah bayaran: RM495 x 120 = RM59,400

▪️Abu bayar setiap bulan tanpa usik dividen. Selepas 10 tahun, hasil simpanan Abu;

Dividen: RM31,445
Prinsipal: RM50,000 (habis bayar)
Jumlah: RM81,445 ✓


Salimon - The Power of Volume

Salimon taknak buat palatao. Dia belajar cara untuk memaksimumkan hasil simpanan. Salimon tak kisah jika interest yang dikenakan tinggi, yang penting hasil simpanan beliau lebih banyak. Bank untung atau rugi, Salimon tak peduli. Jadi Salimon memanfaatkan konsep The Power of Volume. 

Konsep the power of volume ini membolehkan Salimon memiliki sijil ASB yang besar dengan komitmen bulanan yang rendah. Jadi Salimon akan mendapat jumlah dividen setiap tahun yang lebih banyak dengan simpanan bulanan yang rendah. Salimon tahu dengan kemampuan simpanan RM500 setiap bulan dan umur 30 tahun, beliau boleh apply;

▪️Sijil ASBF RM127K
-Tempoh 40 tahun (berhenti selepas 10 tahun)
-Rate 3.5%
-Bulanan RM492
-Jumlah bayaran: RM492 x 120 = RM59,040

Salimon bayar setiap bulan tanpa usik dividen. Selepas 10 tahun, hasil simpanan Salimon;

Dividen: RM79,870
Prinsipal: RM127,000 - 109,563 (Baki Hutang Pokok) = RM17,437
Jumlah: RM97,307✓

Nota: Disebabkan Salimon buat tempoh panjang iaitu selama 40 tahun dan berhenti selepas 10 tahun, anggaran baki hutang pokok adalah sebanyak RM109,563. Jadi prinsipal yang diperoleh hanya RM17,437. Tetapi, disebabkan kuasa volume, sijil bernilai RM127K memberikan pulangan dividen yang lebih tinggi iaitu sebanyak RM79,870. Pulangan keseluruhan Salimon adalah yang tertinggi. 

Kesimpulan:

▪️Jelas simpanan menggunakan pembiayaan bank adalah lebih menguntungkan berbanding simpanan cash secara biasa.

▪️Abu vs Salimon: Walaupun bayaran bulanan Salimon lebih rendah berbanding Abu, hasil simpanan Salimon jauh lebih tinggi.

▪️Salimon mempunyai lebihan simpanan RM16K lebih banyak daripada Abu.

▪️Walaupun Abu dan Salimon menggunakan cara yang sama, tetapi Salimon menggunakan strategi yang lebih menguntungkan. Jadi jelaslah strategi Salimon lebih bijak berbanding Abu dan Zamri.

▪️Dalam pelaburan, belajar dulu teknik-teknik untuk memaksimumkan untung, jangan buat palatao macam Abu. Zamri tu kita tolak tepi saja tak perlu diberi perhatian. 

▪️Strategi yang paling penting adalah tarik tempoh sepanjang yang mungkin, supaya dapat volume sijil ASB yang besar dan bayaran bulanan yang minimum. Lepas tu kalau nak berhenti pada bila-bila masa pun boleh. No problem at all. So bila dah tau cara untuk maksimumkan keuntungan, jangan lah ikat tempoh pendek lagi. Itu bangang namanya... hahaha... kalau dah terbuat sebelum ni takpa lah... masa tu belum tahu teknik yang betul lagi...

Nota: Palatao, berasal dari perkataan “kepala tahu”, ialah slanga yang datang dari loghat Utara yang bermaksud “buat kepala sendiri”, atau berpura-pura tahu. Janganlah jadi orang palatao 😆

📌 Bagi sesiapa yang nak buat simpanan, boleh terus wasap saya. Saya akan guide untuk dapatkan keuntungan maksimum mengikut umur dan kemampuan simpanan masing-masing. 


NOTA: 

Ada banyak lagi posting dan sharing mengenai ASB financing, boleh klik kat page atas, ASBF atau KLIK SINI. 

atau klik pada tag ASBF pada atas post ni. 

Disclaimer: Kiraan dividen/interest/rate/keuntungan (jika dinyatakan) diatas ialah untuk contoh sahaja. Hasil sebenar mungkin berbeza, tidak tetap dan boleh berubah bila-bila masa. 

Kini lebih mudah untuk buat ASBF, tak perlu walkin ke bank, online jer. 

Bagi sesiapa yang dah ready nak melabur/simpanan, 

Sila KLIK SINI untuk saya beritahu rate terkini. FREE QUOTATION !!!


No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment ^_^