Tuesday, 26 April 2022

PERKARA YANG ANDA PERLU TAHU SEBELUM PAKAI RETINOL.

Hai semua. 

PERKARA YANG ANDA PERLU TAHU SEBELUM PAKAI RETINOL.






1) ASAS SKINCARE YANG KUKUH

Sebelum anda mulakan pemakaian retinol dalam skincare routine anda. Anda mestilah memastikan anda sudah mempraktikkan asas skincare yang kukuh iaitu pencuci muka, pelembap dan sunscreen. 3 benda ni anda perlu pakai dengan konsisten sekurang-kurangnya sebulan sebelum pakai retinol. 

 Jika anda rasakan post ini bermanfaat, kongsikan dengan rakan-rakan yang lain. Sila beritahu dengan segera jika ada kandungan didalam post ini yang salah infonya, atau yang sewaktu dengannya. Doakan semoga Amira Yusof dimurahkan rezeki, dipermudah semua urusan di dunia dan diakhirat. Aminnn.

2) PILIH RETINOID YANG SESUAI DENGAN JENIS KULIT

Seeloknya, mulakan dengan mils/low retinoid. Hal ini kerana low retinoid lebih gentle dengan semua jenis kulit. Antara low retinoid yang dicadangkan ialah Holo retinol cream oleh the pastelshop atau Retinol moistuirzer oleh Olay. 

3) BELI OTC (Over the counter) retinoid

Over the counter bermaksud retinoid yang boleh dibeli di kaunter tanpa descripsi oleh ahli farmasi atau doktor. Retinoid yang OTC ialah retinol. Retinol OTC ni biasanya mempunyai kandungan retinoid yang rendah dan tidak memudaratkan kulit.

4) GUNA RETINOL DALAM BENTUK PELEMBAP

Retinol ada dalam pelbagai bentuk seperti gel, cream dan sebagainya. Tujuannya untuk membantu penyerapan lebih baik. Retinol terbaik ialah retinol yang ada pelembap didalamnya. 


5) JANGAN PAKAI PRODUK YANG ADA EXFOLIATING

Antara produk yan AHA, BHA, PHA, Azelaic acid atau vitamin C yang mempunyai kandungan yang tinggi. Cuba untuk elakkan terutama kepada beginner. Pakai bahan-bahan ini dalam rutin lain yang tidak ada retinol.

6) GUNA JUMLAH YANG KECIL SAHAJA

Gunakan pea size sahaja sudah memadai. Ratakan pada muka. Jika tidak cukup baru tambah. 

7) KEKERAPAN GUNA RETINOL

Pakailah 2 hari sekali untuk permulaan. Bila dah serasi dengan kulit, baru boleh pakai setiap malam.

8) PAKAI SUNSCREEN

Bangun pagi, jangan lupa pakai suncscreen. 










No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment ^_^