Sunday, 3 April 2022

PRINSIPAL @ SURRENDER VALUE ASB FINANCING

PRINSIPAL @ SURRENDER VALUE ASB FINANCING

Ramai yang masih kurang jelas, dari mana datangnya prinsipal atau surrender dalam hasil ASB Financing. (Pastikan ambil pembiayaan ASB islamik, jangan ambil pinjaman ASB konvensional, haram hukumnya).




Sebenarnya mudah saja. Bila kita buat ASBF, setiap bulan kita bayar installment kepada bank. Secara tak langsung, baki hutang kita menjadi semakin berkurang. 

(Bayaran installment bulanan adalah termasuk interest dan prinsipal. Bukan 100% jumlah bayaran bulanan ditolak dari baki hutang. Hanya bahagian prinsipal saja ditolak.)

Semakin lama kita bayar, maksudnya semakin banyak jumlah hutang kita kepada bank akan berkurang. Sedangkan nilai pembiayaan (Sijil ASB) adalah tetap. 

Jika kita surrender (tamatkan pembiayaan) bank akan ambil semula sijil yang dicagarkan dalam ASB. Tetapi, nilai sijil adalah lebih tinggi daripada baki hutang semasa. Maka, lebihan itu akan dipulangkan semula kepada pelabur. 

Contoh:

Abu apply ASBF 200K. Beliau surrender selepas 10 tahun.

Nilai Sijil ASB = RM200K
Baki hutang = RM170K
Principal = RM200K - RM170K  
                 = RM30K

Maka bank akan pulangkan RM30K kepada Abu. Dalam masa yang sama, Abu akan dapat dividen setiap tahun.

Dividen yang Abu dapat setiap tahun adalah active return, manakala principal adalah pasive return. Principal hanya akan dapat apabila pembiayaan selesai atau ditamatkan. 

Jadi, orang yang berilmu akan nampak kedua-dua dividen dan prinsipal sebagai pulangan pelaburan ASBF.✓

Semoga dapat memberi kefahaman kepada semua. 

NOTA: 

Ada banyak lagi posting dan sharing mengenai ASB financing, boleh klik kat page atas, ASBF atau KLIK SINI. 

atau klik pada tag ASBF pada atas post ni. 

Disclaimer: Kiraan dividen/interest/rate/keuntungan (jika dinyatakan) diatas ialah untuk contoh sahaja. Hasil sebenar mungkin berbeza, tidak tetap dan boleh berubah bila-bila masa. 

Bagi sesiapa yang dah ready nak melabur/simpanan, 

Sila KLIK SINI untuk saya beritahu rate terkini. FREE QUOTATION !!!

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment ^_^