Thursday, 21 April 2022

RUMAH SEWA VS ASBF ROLLING DIVIDEN

RUMAH SEWA VS ASBF ROLLING DIVIDEN ✓

Jumaat: Nin, alang-alang dah terjumpa kau ni, aku nak tanya sikit la. Kau sekarang ada sewakan rumah kau kan? ASB Loan pun kau buat kan?  




Senin: Ye At. Dua-dua aku buat bro. Dah lama dah. 

Jumaat: Berdasarkan pengalaman kau, yang mana lagi bagus dan menguntungkan?

Senin: Kalau kena caranya, dua-dua untung banyak bro. Tapi yang pastinya, dua-dua benda ni konsep dia sama je. Cuma risiko dan untung tu yang agak berbeza. 

Jumaat: Cerita la detail lagi. Aku tengah pening ni nak buat yang mana satu. 

Senin: Pelaburan rumah sewa dan ASBF ni dua-dua menggunakan konsep OPM (other people money) iaitu menggunakan duit bank. Kita cuma sediakan modal awal je. 

Untuk rumah sewa kita cuma kena sediakan deposit. Lepas tu tiap-tiap bulan penyewa yang akan bayar balik installment rumah tu. Hasil daripada duit sewaan itu kita bayar semula kepada bank.

Untuk ASBF pula, kalau buat teknik rolling dividen, kita cuma perlu bayar untuk tahun pertama je. Installment untuk tahun seterusnya kita bayar guna dividen. 

So kedua-dua rumah sewa dan ASBF ni, dapat generate duit sendiri untuk bayar semula kepada bank. Seolah-olah dibayar dengan sendiri. Di sini, bayaran sewa rumah mempunyai fungsi yang sama dengan dividen ASB.

Jumaat: Ok, dari segi konsep aku dah faham. Dari segi keuntungan pulak macam mana?

Senin: Kau jangan fikir untung je bro. Setiap keuntungan didatangi dengan risiko. Semakin tinggi risiko, semakin tinggi keuntungan. Itu memang konsep asas pelaburan. Tak kan lari punya. 

Tapi, setiap risiko yang ada boleh diminimumkan jika kita ada ilmu. Ilmu ni kau boleh dapat dari pembacaan dan pengalaman orang lain. Kalau nak cepat, belajar dari pengalaman orang. Tapi pastikan orang yang betul la. Kalau kau nak beli rumah, jangan kau tanya penjual kereta pulak. Kalau nak buat simpanan ASB, jangan kau tanya penjual emas pulak. 

Ok berbalik kepada keuntungan, ofkos lah pelaburan rumah lebih menguntungkan kalau kena caranya. Harga rumah biasanya akan meningkat setiap tahun. Tapi bila bab sewa ni, memang mencabar. 


CABARAN SEWA RUMAH

1. Harga sewa lebih rendah dari installment rumah. So akan berlaku negatif cashflow atau bleeding. Owner terpaksa topup duit sendiri untuk bayar installment rumah. Ini biasanya berlaku kepada rumah-rumah baru. 

2. Tak dapat penyewa langsung. Kes ni lagi teruk. Ada yang bertahun-tahun rumah siap, tapi belum dapat penyewa. Mungkin disebabkan lokasi tak strategik atau terlalu banyak sangat persaingan rumah sewa di kawasan berdekatan. Kalau owner banyak duit, boleh la bayar setiap bulan guna duit sendiri. Kalau owner pun sengkek, boleh jadi kena lelong rumah tu.

3. Penyewa dari neraka. Ada jugak kes dapat penyewa yang lambat bayar sewa. Lepas tu, bila tunggakan dah banyak, lari keluar rumah. Paling menyedihkan ada yang tinggalkan rumah dalam keadaan yang kotor dan berterabur. Dah la sewa rumah tak dapat, kena keluarkan duit lagi untuk bersih dan repair rumah. Naya!!

4. Maintenance fee. Ini yang jarang orang nampak. Kalau beli rumah bertingkat, kau kena consider bayar maintenance fee setiap bulan. Pukul rata dalam RM200 la average. Ini owner yang kena bayar tau, bukan penyewa. So komitmen bulanan yang kena consider adalah installment bank dan maintenance fee. 

5. Lepas tu maintenance kat unit pun kau yang tanggung tau. Lagi berisiko kalau sewakan rumah kepada student. Biasanya mereka ni buat hal masing-masing je dan tak peduli sangat keadaan rumah. Paip pecah ke, lantai bocor ke, bukan penyewa yang bertanggung jawab. Owner yang kena repair. Kecuali jika kerosakan tu disebabkan kesilapan penyewa. 

6. Ada juga kes beli rumah undercon, lepas tu rumah tak siap. Terbengkalai. Bulan-bulan kena bayar kepada bank. Pedih bro. 

So disamping modal deposit rumah tadi, kau tetap kena standby cash untuk perkara-perkara yang tak diduga. Holding power kena strong. Dan berdoalah supaya dijauhkan dari perkara-perkara di atas supaya kau tak pening kepala. 

Untuk ASBF, keuntungan dia taklah setinggi pelaburan hartanah. Tapi dari segi pulangan dan keuntungan tu lebih terjamin la. Sebabnya kau tak perlu nak hadap orang lain. Dividen tetap akan dapat setiap tahun. Cuma tinggi atau rendah tu bergantung kepada ekonomi semasa. So yang ni tak akan membuatkan kau pening kepala. Slow and steady je. Yang penting, kau follow je strategi yang betul.

Jumaat: Macam mana kalau dividen rendah macam tahun 2020?

Senin: Kalau dividen rendah, maybe hanya boleh cover installment untuk 10 atau 11 bulan. Yang mana tak cukup, kau topup la sikit. Sama macam kau sewakan rumah, kadang-kadang ada time yang kau tak ada penyewa. Jadi installment bulan tu kau kenalah guna duit sendiri. 

Jumaat: So yang mana patut aku buat dulu Nin?

Senin: Itu aku tak tahu la. Kau kena nilai sendiri kemampuan kau sekarang ni. Kalau kau nak untung besar dan sanggup tanggung risiko, kau boleh terus buat pelaburan hartanah. 

Tapi kalau ilmu pun takde, elok kau pergi belajar dulu. Tuntut dulu ilmu pasal pelaburan hartanah bagi betul-betul pandai. Silap beli hartanah, merana seumur hidup tau. Bukan senang nak jual rumah kalau kau silap beli. 

Sementara nak pandai tu, kau boleh buat ASBF dulu untuk kumpul deposit rumah. Lepas 2-3 tahun dah cukup deposit, kau terminate la. Masa tu kau dah ada ilmu dan dah bersedia, barulah kau beli hartanah.

Jumaat: Ok faham. Terima kasih bro atas pandangan kau ni. Baru aku dapat gambaran ke mana arah tuju aku. 

Senin: Welcome bro. Aku cuma bagi gambaran saja. Masa depan kau, kau sendiri yang tentukan. 

*************

Bagi sesiapa yang nak kumpul deposit rumah, duit kahwin, atau saja-saja nak kembangkan duit menggunakan ASBF, klik je link di bawah. Saya akan bantu urusan A to Z. Ada yang tanya kena bayar ke? Free je..Tak payah bayar apa2 pun...Terus buat simpanan bulanan je bila dah lulus nanti. 

NOTA: 

Ada banyak lagi posting dan sharing mengenai ASB financing, boleh klik kat page atas, ASBF atau KLIK SINI. 

atau klik pada tag ASBF pada atas post ni. 

Disclaimer: Kiraan dividen/interest/rate/keuntungan (jika dinyatakan) diatas ialah untuk contoh sahaja. Hasil sebenar mungkin berbeza, tidak tetap dan boleh berubah bila-bila masa. 

Kini lebih mudah untuk buat ASBF, tak perlu walkin ke bank, online jer. 

Bagi sesiapa yang dah ready nak melabur/simpanan,

Sila KLIK SINI untuk saya bantu anda. Jangan risau,  FREE QUOTATION !!!


No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment ^_^