Sunday, 24 April 2022

SOALAN POPULAR BERKENAAN ASBF✓

SOALAN POPULAR BERKENAAN ASBF✓

Sebelum apply ASBF, kita wajib faham selok belok pelaburan terlebih dahulu. Sehingga bulan Disember 2021, saya sudah menguruskan lebih daripada 2,000 permohonan ASBF dengan jumlah permohonan terkumpul lebih kurang RM200 juta. Pelbagai soalan yang saya dapat daripada client-client. Antara soalan popular yang sering ditanya; 




1. Apa beza simpanan ASB Biasa dengan ASBF?

ASB biasa adalah simpanan dalam bentuk tunai di dalam akaun ASB. Dividen akan dikira berdasarkan nilai simpanan tunai secara prorata.

Jika simpanan RM 770 setiap bulan selama setahun;
770 x 12  = 9240
Jika dividen 5%, maka akan dapat dividen RM248

ASB Financing adalah simpanan dalam bentuk sijil hasil pembiayaan bank. Dividen dikira mengikut nilai sijil ASB dan simpanan tunai di dalam akaun ASB.

Dengan simpanan 770 setiap bulan, boleh buat ASBF 200K;
Jika dividen 5%, maka akan dapat dividen RM10,000

2. Berapa tempoh minimum dan maksimum untuk apply ASBF?

Tempoh minimum 5 tahun dan maksimum 40 tahun. Tetapi itu hanya tempoh yang ditetapkan untuk menentukan kadar bayaran bulanan dan kadar keuntungan bank. ASBF boleh terminate/dijual semula pada bila-bila masa. Lepas setahun pun boleh. 

Ramai yang target nak simpan untuk tempoh 3-5 tahun sahaja untuk capai matlamat jangka masa pendek dan sederhana. Jadi untuk dapatkan keuntungan maksimum, boleh ikat tempoh paling panjang 40 tahun, tetapi terminate awal selepas berjaya kumpul duit selepas 3-5 tahun. 

3. Tempoh pendek atau panjang lebih untung?

Ikut konsep the power of volume, tempoh paling panjang adalah paling menguntungkan. Ini kerana kita boleh dapat sijil ASB yang besar dengan modal yang kecil. Jadi semakin tinggi dividen yang diperoleh berbanding bayaran bulanan yang rendah. 

4. Kalau tempoh panjang, nanti kena bayar interest tinggi kepada bank. Bank untung banyak kan?

Ya betul, bank untung banyak. Tapi lantak lah bank nak untung banyak atau rugi sekalipun. Yang penting sebagai pelabur, kita kena tengok keuntungan kita sendiri. Tak perlu nak sebok-sebok kira keuntungan pihak lain. Jika ada 2 pilihan, yang mana kita akan pilih?

- Tempoh pendek. Bank untung sikit. Pelabur bayar mahal, dividen dapat sikit. Pelabur tak berapa untung.

- Tempoh panjang. Bank untung banyak. Pelabur bayar murah, dividen dapat banyak. Pelabur untung banyak. 

So pilihlah guna akal.✓

5. Takaful ASBF wajib ambil ke?

Takaful untuk ASBF tak wajib ambil (mungkin sesetengah bank wajibkan). Memang tak digalakkan ambil takaful terutamanya takaful long term. Bayaran takaful akan dimasukkan ke dalam loan dan menjadikan jumlah loan lebih tinggi. Contohnya ASBF 100K, termasuk takaful total loan menjadi lebih kurang RM103K (lagi berumur, lagi mahal). Jadi hutang setiap bulan akan menyusut bermula daripada 103K. Untuk hutang susut sehingga kurang daripada 100K mengambil masa anggaran lebih kurang 2 tahun. 

6. Denda sebab terminate awal?

Kalau islamic financing, sebenarnya tiada denda kalau terminate awal. Ramai yang salah faham antara denda dan shortfall (kekurangan). Jika terminate sebelum hutang susut, pelabur perlu membayar shortfall tersebut kepada bank. Contohnya ketika terminate baki hutang tinggal RM101K. Sijil ASB yang diserahkan semula kepada bank hanya bernilai 100K. Jadi shortfall RM1K tersebut perlu dibayar kepada bank sebab pelabur masih berhutang kepada bank akibat mengambil takaful yang panjang. 

 7. Boleh ke ambil takaful short term?

Ada bank menawarkan interest rate yang lebih rendah jika kita ambil takaful. Contohnya tanpa takaful rate 3.55% tetapi dengan takaful bank bagi rate 3.45%. 

Ini penting. Kalau berlaku kes macam ini, kita digalakkan ambil takaful minimum 5 tahun sahaja. Walaupun terdapat sedikit penambahan dalam jumlah loan, tetapi bayaran bulanan kita akan jadi lebih rendah berbanding tanpa takaful disebabkan perbezaan interest rate. So ada 3 kelebihan jika ambil takaful minimum;

- Bayaran bulanan yang lebih rendah.
- Dapat perlindungan takaful jika berlaku kematian atau cacat kekal.
- Takda masalah kalau nak terminate awal sebab hutang susut dengan lebih cepat berbanding jika ambil takaful tempoh panjang. 

Jadi sebenarnya kita boleh pilih tempoh loan maksimum 40 tahun, tetapi takaful cover cuma minimum 5 tahun sahaja. Pilihlah dengan bijaksana ikut matlamat simpanan.✓

8. ASBF ada lock in period?

Lock in period ini adalah kontrak antara peminjam dengan bank yang menghalang peminjam terminate/jual semula ASBF dalam tempoh tertentu, contohnya 3 tahun. Jika peminjam terminate sebelum cukup tempoh 3 tahun, akan dikenakan penalti. 

Lock in period ini biasanya ada pada ASB Loan konvensional. ASB Loan konvensional hukumnya haram sebab ada riba. Untuk ASBF Islamic, tiada lock in period. Boleh terminate anytime. Jadi pilihlah ASBF Islamic yang halalan toyyiban. 

9. Bila bulan yang sesuai untuk terminate?

Bila-bila pun sesuai kalau kita nak berhenti menyimpan. Cuma kita kena ingat dividen ASBF akan dapat pada bulan 1 setiap tahun. So katakan kita terminate pada bulan 6, dividen untuk simpanan dari awal tahun sampai bulan 6 akan dapat pada bulan 1 tahun hadapan. Prinsipal akan dapat lebih awal setelah proses terminate selesai. 

10. Jika saya apply pada bulan 9. Nak buat teknik rolling dividen dan bayar modal untuk tahun pertama sahaja, berapa bulan saya kena bayar?

Untuk membolehkan kita bayar menggunakan dividen, kita perlu bayar selama 12 bulan lengkap dahulu. Katakan bayaran pertama bermula pada bulan 10/2021, bayaran bulan ke 12 adalah pada bulan 9/2022. Jadi teknik rolling dividen akan bermula pada bulan 10/2022.

Kat sini mungkin akan ada sedikit kekeliruan. Sebabnya dividen dapat pada bulan 1. 

- Sebenarnya pada bulan 1/2022 kita akan dapat dividen untuk 3 bulan simpanan bermula bulan 10 hingga 12 tahun 2021. 

- Tetapi kita masih belum boleh rolling dividen sebab baru bayar selama 3 bulan. Teruskan bayaran macam biasa sehingga bulan 9/2022. Simpan dahulu dividen dalam akaun ASB. Jangan usik.

- Pada bulan 10/2022, barulah kita ambil dividen yang dapat pada bulan 1. Gunakan dividen tersebut untuk bayaran bulan 10-12 tahun 2022. Jadi selesai bayaran 12 bulan untuk tahun 2022.

- Pada bulan 1/2023, kita akan dapat dividen penuh untuk simpanan tahun 2022. Jadi boleh terus keluarkan dividen dan buat bayaran penuh untuk 12 bulan. Ulang sampai capai target. 

11. Berapa umur minimum untuk apply ASBF?

Untuk akaun ASB biasa, anak bawah umur pun boleh buka. Tapi umur minimum untuk apply ASBF adalah 18 tahun. Ramai ibu bapa yang nak buat simpanan untuk anak-anak contohnya untuk dana pendidikan. Takda masalah pun sebenarnya jika anak bawah umur. Boleh buat ASBF atas nama ibu bapa. 

Apabila dapat dividen setiap tahun, keluarkan dividen tu dan transfer ke dalam akaun ASB biasa anak-anak. Easy kan? Ulang langkah ini sampai anak umur 18 tahun. Masa ni dah boleh guna nama mereka untuk buat ASBF. Dividen bagi kat anak-anak, prinsipal ibu bapa boleh jadikan dana persaraan.  

12. Berapa limit untuk ASBF? 

Setiap orang boleh buat maksimum 200K sijil ASBF. Selagi belum cukup 200K, boleh tambah sijil. 

13. Boleh ke apply ASBF kalau komitmen tinggi?

Boleh. Bagi sesiapa yang komitmen hutang bank dah tinggi, kebiasaannya bank akan reject permohonan. Tetapi jika kita ada cash untuk buat bayaran setahun terus (12 bulan) bank akan bagi special approval. Tapi tak semua bank boleh buat cara ini. 

14. Kalau ada masalah CCRIS sebab tak bayar PTPTN, boleh apply tak?

Kes ini juga memerlukan special approval. Boleh lulus tapi tak semua bank yang akan luluskan. Bab PTPTN saya boleh bantu untuk luluskan. 

📌Cukuplah 14 soalan ni dulu. Kalau panjang sangat nanti ramai yang malas baca. Kalau ada sebarang pertanyaan boleh terus wasap admin. Untuk permohonan ASBF, boleh terus tekan link di bawah;

NOTA: 

Ada banyak lagi posting dan sharing mengenai ASB financing, boleh klik kat page atas, ASBF atau KLIK SINI. 

atau klik pada tag ASBF pada atas post ni. 

Disclaimer: Kiraan dividen/interest/rate/keuntungan (jika dinyatakan) diatas ialah untuk contoh sahaja. Hasil sebenar mungkin berbeza, tidak tetap dan boleh berubah bila-bila masa. 

Kini lebih mudah untuk buat ASBF, tak perlu walkin ke bank, online jer. 

Bagi sesiapa yang dah ready nak melabur/simpanan,

Sila KLIK SINI untuk saya bantu anda. Jangan risau,  FREE QUOTATION !!!

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment ^_^