Saturday, 16 April 2022

SURI RUMAH BOLEH KE APPLY ASBF?

SURI RUMAH BOLEH KE APPLY ASBF?




Ramai suri rumah sekarang ada pendapatan. Ada yang berniaga kecil-kecilan, jadi dropship, ejen dan lain-lain. Mereka ada duit, tapi masalahnya tiada penyata pendapatan yang kukuh untuk apply ASBF. 

Sebenarnya suri rumah boleh apply ASBF walaupun tiada penyata pendapatan. 

Caranya adalah dengan kaedah PERMOHONAN BERSAMA dengan suami atau adik beradik yang bekerja. 

Permohonan bersama ni fungsinya lebih kurang macam penjamin. Hanya syarat untuk melayakkan pembiayaan. Pemohon bersama tak perlu menyimpan pun. ASB nama pemohon utama. Tapi pembiayaan/loan berkongsi nama. 

Akaun ASB akan guna akaun isteri atau suri rumah. Tak melibatkan akaun pemohon bersama. Jadi jika pemohon bersama dan full 200K ASBF pun tak ada masalah untuk apply. 

Kelayakan akan dikira berdasarkan pendapatan dan komitmen pemohon bersama. Jika komitmen sudah tinggi, masih boleh lulus jika ada simpanan cash untuk buat bayaran setahun terus.

Contoh:

▪️Kalau ada sekitar RM10K - boleh tukar kepada ASBF 200K

▪️Kalau ada sekitar RM5K - boleh tukar kepada ASBF 100K

▪️Kalau ada sekitar RM2.5K - boleh tukar kepada ASBF 50K

▪️Kalau ada berapa pun simpanan, boleh ejas ikut kemampuan masing-masing.

Jika suri rumah sudah ada simpanan cash dalam ASB biasa dan nak tukar kepada ASBF, memang boleh lulus. Jangan risau pasal kelayakan. Yang penting rekod CCRIS pinjaman kedua-dua orang tiada tunggakan. 

Tapi tak semua bank boleh buat macam ni walaupun ada simpanan cash untuk setahun terus. Untuk permohonan ASBF suri rumah, boleh tekan link di bawah. Saya bantu uruskan sampai lulus.


NOTA: 

Ada banyak lagi posting dan sharing mengenai ASB financing, boleh klik kat page atas, ASBF atau KLIK SINI. 

atau klik pada tag ASBF pada atas post ni. 

Disclaimer: Kiraan dividen/interest/rate/keuntungan (jika dinyatakan) diatas ialah untuk contoh sahaja. Hasil sebenar mungkin berbeza, tidak tetap dan boleh berubah bila-bila masa. 

Kini lebih mudah untuk buat ASBF, tak perlu walkin ke bank, online jer. 

Bagi sesiapa yang dah ready nak melabur/simpanan, 

Sila KLIK SINI untuk saya beritahu rate terkini. FREE QUOTATION !!!

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment ^_^