Sunday, 10 April 2022

TEKNIK PAIRING ASBF DENGAN KERETA

TEKNIK PAIRING ASBF DENGAN KERETA

Kereta adalah satu keperluan. Namun kadangkala ada yang tersilap membeli kereta di luar kemampuan. Harga kereta yang sepatutnya dibeli adalah bersamaan dengan setahun gaji. Contohnya jika gaji sebulan RM2,000 harga kereta yang sesuai adalah RM24,000. Jika gaji RM4,000 harga kereta yang sesuai adalah RM48,000.




Setelah membeli kereta, kita bukan sahaja perlu membayar ansuran bulanan, malah perlu bayar maintenance, petrol, tol, parking, road tax dan insurans. Akibatnya, kemungkinan besar susah untuk kita buat simpanan. 

Jadi, ada satu cara yang membolehkan kita membuat simpanan dan membeli kereta dengan hanya satu komitmen bulanan. Maknanya bulanan tak perlu bayar kereta guna duit gaji. Seolah-olah dapat kereta "PERCUMA". 

Ya, teknik pairing ASBF dan kereta‼️

🚗 Katakan harga kereta sekitar RM48,000. Dengan 10% deposit, pembiayaan 9 tahun. Bayaran bulanan sekitar RM500. Setahun RM6,000. Bayar sampai habis RM54,000. 

▪️Setahun sebelum beli kereta, buat ASBF 200K. Bayaran bulanan RM770. 

▪️Selepas setahun, andai dividen ASB 5%, maka dapatlah dividen sebanyak RM10,000. Ambil dividen ASB sebanyak RM6,000, terus bayar ansuran kereta lump sum untuk setahun. Baki RM4,000 simpan. 

▪️Jadi komitmen bulanan hanyalah perlu bayar RM770 sahaja. 

▪️Ulang sehingga 10 tahun. 

Hasilnya:
1. Kereta habis bayar ✓
2. Dapat simpanan cash RM83,950 ✓

⚠️ Mesti ada yang tanya apa beza kalau bulan2 bayar kereta RM500 dan simpan RM270 dalam ASB biasa selama 10 tahun? Bulanan keluar duit RM770. Sama je modal. 

Jika dividen 5%, hasilnya: 
1. Kereta habis bayar ✓
2. Simpanan lebih kurang RM41,850✓

So nak pilih kaedah yang dapat simpanan RM83K or RM41K? Buatlah pilihan yang bijak. 

Rumusan:

Sebenarnya kita bukanlah dapat kereta secara PERCUMA. Kita tetap perlu bayar kos pemilikan kereta sama macam orang lain. Cuma menggunakan kaedah manipulasi, kita dapat memiliki kereta menggunakan hasil pelaburan. Dapat jimatkan modal kita. 

1. Selama 10 tahun, modal yang dikeluarkan 770 x 120 = RM92,400.

2. Selepas 10 tahun, kereta habis bayar dan ada simpanan RM83,950. 

3. RM92,400 - RM83,950 = RM8,450.

4. Selepas 10 tahun, modal yang dikeluarkan = RM92,400. Dapat sebuah kereta dan simpanan RM83,950. Bermakna kos pemilikan kereta seolah-olah RM8,450 sahaja. 

5. Power betul dapat tukar kos daripada RM54,000 kepada RM8,450 sahaja. Jimat RM45K lebih. 

[Ini hanyalah idea untuk memanipulasi kelebihan yang ada pada ASB Financing. Tak semua orang sesuai menggunakan cara ini. Kiraan juga hanya anggaran. Hasil sebenar mungkin berbeza.]

NOTA: 

Ada banyak lagi posting dan sharing mengenai ASB financing, boleh klik kat page atas, ASBF atau KLIK SINI. 

atau klik pada tag ASBF pada atas post ni. 

Disclaimer: Kiraan dividen/interest/rate/keuntungan (jika dinyatakan) diatas ialah untuk contoh sahaja. Hasil sebenar mungkin berbeza, tidak tetap dan boleh berubah bila-bila masa. 

Kini lebih mudah untuk buat ASBF, tak perlu walkin ke bank, online jer. 

Bagi sesiapa yang dah ready nak melabur/simpanan, 

Sila KLIK SINI untuk saya beritahu rate terkini. FREE QUOTATION !!!


No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment ^_^