Saturday, 9 April 2022

TEKNIK PENDEKKAN LOAN RUMAH DAN PENJIMATAN BAYARAN

TEKNIK PENDEKKAN LOAN RUMAH DAN PENJIMATAN BAYARAN

Kali ini saya kongsikan teknik untuk pendekkan tempoh loan rumah dan penjimatan bayaran. Kebiasaannya kita akan ambil tempoh yang panjang untuk loan rumah iaitu 35 tahun. Jika permohonan dibuat ketika berumur 30 tahun, bayaran akan tamat ketika berumur 65 tahun. 




Mungkin ada yang risau tentang kemampuan bayaran balik. Sebab ketika umur persaraan 55 tahun, masih ada baki 10 tahun untuk bayar loan rumah. Boleh juga selesaikan bayaran loan rumah lumpsum menggunakan duit KWSP, tapi bakinya nanti cukup ke untuk survive kehidupan selepas bersara? Bagi yang concern, boleh amalkan contoh teknik ini;

Loan Rumah
▪️Harga Rumah : RM350,000
▪️Tempoh pembiayaan: 35 tahun
▪️Bank Profit Rate: 4.5%
▪️Bayaran Bulanan: RM1656.40
▪️Bayaran Keseluruhan: RM695,688
▪️Baki hutang pokok selepas 25 tahun (umur 55): RM159,824 ~ RM160K. 
▪️Installment belum bayar (baki 10 tahun): 1656.40 × 120 = RM198,768.

Pairing Dengan ASBF
▪️ASBF 60K
▪️Tempoh pembiayaan: 40 tahun
▪️Bank profit rate: 3.45%
▪️Bayaran bulanan: RM231
▪️Gameplan: Compounding 25 tahun (300 bulan) - Unjuran dividen 5.0%
▪️Jumlah modal simpanan: RM231 x 300 = RM69,300

Hasil Simpanan:
▪️Dividen 5.0%: RM143,181
▪️Prinsipal: 60,000 - 32,420  = RM27,580
▪️Jumlah = RM170,761✓

Selepas 25 tahun

▪️Selepas 25 tahun, terminate ASBF dan dapatkan hasil simpanan keseluruhan sekitar RM170,761.

▪️Gunakan duit tersebut untuk selesaikan baki hutang pokok loan rumah sebanyak Rm160,000. 

▪️Baki RM10K boleh guna sebagai wang persaraan tambahan. 

Penjimatan

1.Jimat Masa.
­čö╣Dapat pendekkan tempoh loan rumah daripada 35 tahun kepada 25 tahun sahaja. Jimat 10 tahun tempoh bayaran.

2. Jimat Wang.
­čö╣Penjimatan Bayaran
Baki bayaran rumah selama 10 tahun 1656.40 x 120 = RM198,768. 
Modal ASBF 231 x 360 = RM 69,300.
198,768 - 69,300 = RM129,468✓

Jimat masa selama 10 tahun (120 bulan) dan jimat wang sebanyak RM129,468. 

3. Tambahan: Ada lebihan simpanan cash RM10K. 

Penutup

Ini hanyalah contoh sahaja. Setiap orang berlainan harga rumah dan kemampuan simpanan. So maybe gameplan setiap orang akan berbeza. Tapi dari segi konsep, sama sahaja boleh praktikkan kaedah ini. Boleh rujuk consultant untuk buat gameplan masing-masing. 

[Pengiraan adalah berdasarkan Dividen ASB 5.0% dan Kadar Keuntungan Bank 3.45%. Hasil sebenar mungkin berbeza.]

Penafian: Segala teknik dan tips yang dikongsikan adalah berdasarkan pengalaman dan kajian Penulis secara peribadi untuk meningkatkan keuntungan pelaburan. Tidak ada kaitan dengan amalan mana-mana bank atau syarikat.

NOTA: 

Ada banyak lagi posting dan sharing mengenai ASB financing, boleh klik kat page atas, ASBF atau KLIK SINI. 

atau klik pada tag ASBF pada atas post ni. 

Disclaimer: Kiraan dividen/interest/rate/keuntungan (jika dinyatakan) diatas ialah untuk contoh sahaja. Hasil sebenar mungkin berbeza, tidak tetap dan boleh berubah bila-bila masa. 

Kini lebih mudah untuk buat ASBF, tak perlu walkin ke bank, online jer. 

Bagi sesiapa yang dah ready nak melabur/simpanan, 

Sila KLIK SINI untuk saya beritahu rate terkini. FREE QUOTATION !!!

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment ^_^