Wednesday, 20 April 2022

UMUR 40 TAHUN. UNTUNG LAGI KE BUAT ASB FINANCING?

SAYA BERUMUR 40 TAHUN. UNTUNG LAGI KE BUAT ASB FINANCING?

SOALAN: Saya berumur 40 tahun. Saya merancang untuk bersara di usia 55 tahun. Tujuan saya menyimpan ni untuk kegunaan selepas bersara nanti. Sekarang saya sudah ada simpanan cash RM11K. Saya simpan dalam ASB biasa je. Tapi lambat sangat duit saya berkembang. Kalau saya buat ASB Financing, boleh untung ke berbanding saya simpan cara biasa? Orang cakap kalau dah berumur tak berapa sesuai kalau nak buat ASBF. 




JAWAPAN: Ya. ASB Financing lebih menguntungkan. Untuk pengetahuan encik, dah berumur pun masih boleh buat untung banyak dengan ASBF. Tapi syaratnya mestilah ada ilmu dan faham apa yang encik buat. 

Dengan modal RM11K, Encik boleh mohon;

▪️ASB Financing RM200K. 
▪️Tempoh Pembiayaan: 30 Tahun
▪️Keuntungan Bank: 3.45%
▪️Bayaran Bulanan: RM894
▪️Bayaran Tahunan: RM10,728

✔️Encik guna Teknik Rolling Dividen. Bayar lump sump setahun RM10,728 menggunakan simpanan sedia ada. Baki encik biarkan dalam ASB. 

✔️Selepas setahun, jika dividen ASB dapat 5.0%, encik akan dapat RM 10,000.

✔️Pada tahun kedua, encik perlu bayar lagi RM10,728. Tapi dividen yang encik dapat hanya RM10,000. Kurang RM728 dari bayaran tahunan encik.

✔️So, saya cadangkan encik cool je. Jangan panik. Nampak macam dah rugi RM728, tapi sebenarnya encik dah untung RM3,800 lebih.

✔️Mana datangnya RM3,800 ni? Datangnya dari prinsipal terkumpul encik. Tapi prinsipal ni tak boleh dikeluarkan selagi sijil belum dijual atau habis dibayar. Pasal prinsipal ni nanti kita sembang lain kali. Fokus pada cara nk setelkan bayaran dulu. 

✔️So, dengan dividen RM10,000 ni, encik short RM728 berbanding bayaran setahun iaitu RM10,728. Encik topup je RM728. Takkan umur 40 pun takda RM728 untuk setahun. Kalau bahagi kepada 12 bulan, bermakna sebulan 728/12 = RM60.67 sahaja topup... Jadi dari tahun ke-2 dan seterusnya, modal tahunan encik cuma RM728.

✔️Encik ulang langkah ini setiap tahun smpai umur 55 iaitu selama 15 tahun.

Jom kita kira hasil simpanan encik.

1. Dividen Tahun Akhir = RM10,000✓
(Tiada baki tahunan terdahulu sebab bayaran tahunan lebih tinggi daripada dividen)

2. Prinsipal Terkumpul = Nilai sijil - Baki Hutang

Anggaran baki hutang selepas 15 tahun lebih kurang RM125,400. Maka,

200,000 - 125,400 = RM 74,600✓

JUMLAH SIMPANAN:

RM10,000 + RM74,600 = RM 84,600✓✓✓

✔️Jika encik biarkan RM11,000 di dalam ASB biasa, kemudian setiap tahun encik topup RM728, hasil encik selepas 15 tahun tak sampai pun RM44K.

✔️Jadi dengan teknik manipulasi menggunakan ASBF, encik dah gandakan duit simpanan encik dua kali ganda daripada cara biasa. Dapat EXTRA RM40K ‼️

⚠️ So konsep pelaburan yang encik kena faham:

1. Keluar modal lump sum untuk tahun pertama sahaja.

2. Top up sedikit setiap tahun jika dividen tak cukup untuk cover bayaran setahun. 

3. Ulang sehingga tempoh yang encik nak.

4. Tuai sahaja hasil pelaburan bila sampai masanya.

5. Kalau dividen naik turun sikit-sikit tu buat relaks je. Kadang untung lebih, kadang untung kurang. Biasalah adat pelaburan. Selagi kadar interest lebih rendah dari dividen, encik tetap untung.

6. Tak payah nak pening-pening. 

✔️Encik pilihlah cara yang encik rasa lebih bijak..😎

👉 Ini untuk kes yang tak mampu simpan secara bulanan tapi ada simpanan cash. Kalau mampu simpan bulan-bulan, buatlah teknik compounding. Lagi banyak hasilnya. 
 
Pengiraan adalah berdasarkan dividen ASB 5.0% dan kadar keuntungan bank 3.45%. Hasil sebenar mungkin berbeza.

Penafian: Segala teknik dan tips yang dikongsikan adalah berdasarkan pengalaman dan kajian Penulis secara peribadi untuk meningkatkan keuntungan pelaburan ASB. Tidak ada kaitan dengan amalan mana-mana bank atau syarikat.

NOTA: 

Ada banyak lagi posting dan sharing mengenai ASB financing, boleh klik kat page atas, ASBF atau KLIK SINI. 

atau klik pada tag ASBF pada atas post ni. 

Disclaimer: Kiraan dividen/interest/rate/keuntungan (jika dinyatakan) diatas ialah untuk contoh sahaja. Hasil sebenar mungkin berbeza, tidak tetap dan boleh berubah bila-bila masa. 

Kini lebih mudah untuk buat ASBF, tak perlu walkin ke bank, online jer. 

Bagi sesiapa yang dah ready nak melabur/simpanan,

Sila KLIK SINI untuk saya bantu anda. Jangan risau,  FREE QUOTATION !!!



No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment ^_^