Monday, 11 April 2022

Umur 45 tahun boleh buat Teknik Rolling Dividen lagi ke??

Umur 45 tahun boleh buat Teknik Rolling Dividen lagi ke??

Mestilah boleh. Yang paling penting pilih bank yang betul. Apply dengan bank yang boleh tarik maksimum sampai umur 70 tahun. Jadi 70-45, masih boleh buat tempoh maksimum 25 tahun. 




Contoh kira-kira:

[Kiraan berdasarkan dividen ASB 5% dan kadar keuntungan bank 3.45%. Hasil sebenar mungkin berbeza.]

ASBF 200K
­čö╣Tempoh 25 tahun
­čö╣Rate 3.45%
­čö╣Bulanan RM998
­čö╣Setahun RM11,976

Pada tahun pertama, boleh bayar setiap bulan RM998 selama 12 bulan sahaja atau boleh juga bayar lumpsum RM11,976 sekaligus. Mana-mana pun boleh. Yang penting sesuai dengan kemampuan masing-masing. 

Katakan dividen ASB dapat 5%, maka 5% x 200,000 = RM10,000. 

Setahun bayar RM11,976 tapi dividen hanya dapat RM10,000. Jadi untuk teknik rolling dividen pada tahun kedua dan seterusnya, kita perlu topup bayaran menggunakan duit poket sebanyak RM1,976 setahun. 

Sebulan; 1,976 ÷ 12 = RM165 sahaja.

Jadi anggaplah topup ini sebagai simpanan kita. 

Selepas 5 tahun:

­čö╣Bayaran
Tahun Pertama; RM11,976
Tahun 2-5; 1,976 x 4 = RM7,904
Jumlah bayaran (Modal) = RM19,880

­čö╣Hasil
Dividen Akhir = RM10,000
Prinsipal: 200,000 - 172,800 = RM27,200
Jumlah Hasil = RM37,200✓

Selepas 10 tahun:

­čö╣Bayaran
Tahun Pertama; RM11,976
Tahun 2-10; 1,976 x 9 = RM17,784
Jumlah bayaran (Modal) = RM29,760

­čö╣Hasil
Dividen Akhir = RM10,000
Prinsipal: 200,000 - 140,000 = RM60,000
Jumlah Hasil = RM70,000✓

Selepas 15 tahun:

­čö╣Bayaran
Tahun Pertama; RM11,976
Tahun 2-15; 1,976 x 14 = RM27,664
Jumlah bayaran (Modal) = RM39,640

­čö╣Hasil
Dividen Akhir = RM10,000
Prinsipal: 200,000 - 101,100= RM98,900
Jumlah Hasil = RM108,900✓

Selepas 20 tahun:

­čö╣Bayaran
Tahun Pertama; RM11,976
Tahun 2-20; 1,976 x 19 = RM37,544
Jumlah bayaran (Modal) = RM49,520

­čö╣Hasil
Dividen Akhir = RM10,000
Prinsipal: 200,000 - 54,900 = RM145,100
Jumlah Hasil = RM155,100✓

Selepas 25 tahun:

­čö╣Bayaran
Tahun Pertama; RM11,976
Tahun 2-25; 1,976 x 24 = RM47,424
Jumlah bayaran (Modal) = RM59,400

­čö╣Hasil
Dividen Akhir = RM10,000
Prinsipal = 200,000 (Dah habis bayar)
Jumlah Hasil = RM210,000✓

Kesimpulan:

1. Walaupun nampak macam rugi setiap tahun sebab kena topup bayaran, tetapi kita tetap untung pada prinsipal iaitu bayaran hutang pokok sijil ASB kita. 

2. Semakin lama, semakin banyak prinsipal yang kita akan dapat. 

3. Follow 4 asas strategi ASB Financing supaya dapat memaksimumkan keuntungan terutamanya dari segi tempoh pembiayaan yang terpanjang. Nak berhenti bila-bila pun boleh. 

4. Dalam pelaburan, mesti istiqamah. Naik turun keuntungan itu perkara biasa. Semakin lama kita melabur, semakin banyak hasil tuaian. 

5. Kalau kita faham sesuatu pelaburan, pasti ada cara untuk buat keuntungan. Jangan melabur tanpa ilmu, ibarat memperjudikan masa depan. 

6. Setiap tahap umur, ada gameplan yang sesuai. Jadi jangan risau dan jangan anggap kita dah terlambat untuk menyimpan. 

NOTA: 

Ada banyak lagi posting dan sharing mengenai ASB financing, boleh klik kat page atas, ASBF atau KLIK SINI. 

atau klik pada tag ASBF pada atas post ni. 

Disclaimer: Kiraan dividen/interest/rate/keuntungan (jika dinyatakan) diatas ialah untuk contoh sahaja. Hasil sebenar mungkin berbeza, tidak tetap dan boleh berubah bila-bila masa. 

Kini lebih mudah untuk buat ASBF, tak perlu walkin ke bank, online jer. 

Bagi sesiapa yang dah ready nak melabur/simpanan, 

Sila KLIK SINI untuk saya beritahu rate terkini. FREE QUOTATION !!!

1 comment:

  1. baru je approve 100k asbf,umur da 44..pikir2 mmg mcm dividen x cukup makan nk cover installment,tapi btl la tu long term baru nmpk. lagi elok kalo ada duit cash lbh guna la sikit utk byr instalment, jgn guna semua duit dividen tu,baru dia beranak lebih

    ReplyDelete

Thank you for your comment ^_^