Thursday, 12 May 2022

RESTORAN PATIN TEMPOYAK SEDAP SHAH ALAM DAN KLANG

Hai semua. 

Rasa macam lama dah tak menulis santai macam ni.

Ok, haritu aku ada kongsikan restoran daging salai masak lemak sedap giler, boleh BACA KAT SINI.

Kali ni nak kongsikan restoran patin tempoyak sedap plak.

Sebelum tu, patin tempoyak ni ada dua versi tau iaitu versi masam dan manis.

Masam dan manis ni bergantung kepada durian yang digunakan.

Aku prefer versi manis sebab durian kan manis macam aku gituu... 

Disclaimer: Aku bukan orang Kelantan.

Manis ni manis durian tau bukan manis gula. Kalau manis gula memang turn off terus lah.

Jenis manis ni jugak biasanya dibuat as sambal tempoyak. Ala tempoyak tambah cili api yang ditumbuk tu.

Tempoyak ni pedas tak? kalau masak tempoyak sepatutnya kena pedas, barulah KICK.

Ok, rasanya hampir semua tahu kat Shah Alam ni ada restoran Temerloh Catering, dengar je perkataan termerloh mesti dah boleh bayang restoran ni mesti jual patin tempoyak.

Seribu kali sayang, rasa patin tempoyak kat situ tak menepati citarasa aku sebab mereka guna tempoyak masam. Which is kuah tu memang masam weh. Mungkin yang minat masam suka la kut.

So, bila ada restoran lain yang jual patin tempoyak ni, aku mesti akan ambil lauk tu untuk rasa.

Setakat ni, restoran yang aku approved as sedap is patin tempoyak kat Restoran Hatinie, seksyen 10.

Selain tu, aku jumpa ada orang promote kat Twitter, nama restoran tu Patin Tempoyak Sungai Pahang. Aku belum pergi makan lagi. Nanti aku update kat sini.

Oh ya, ada lagi satu iaitu Poh Paleh.

ok takpe sabar jap bagi aku masa untuk try situ.

Orang yang jarang makan patin tempoyak kat temerloh ni, kebanyakannya tak tahu rasa patin tempoyak yang sedap. Maksud aku, orang yang cakap temerloh katering tu sedap, mungkin sebab selama ni dia pergi makan kat kedai yang jual lagi kureng daripada tu. Aku bukan nak cakap TC tu tak sedap tapi tu lah kan selera orang lain-lain. Jangan kecam, ni pendapat peribadi sahaja. Korang yang minat masam-masam boleh go for TC. 

Oh ya, kalau kat Temerloh, restoran yang aku recommend untuk korang cuba patin tempoyak selain patin kancil, ialah RESTORAN PATIN GULAI MASAM. Kuah dia manis pedas. Aku hirup kuah dia hingga ke titisan terakhir weh sambil lap peluh. Kalau ada pertandingan hirup kuah patin kat situ memang aku masuk ahhh tak kira.

Itu sahaja. 


 Jika anda rasakan post ini bermanfaat, kongsikan dengan rakan-rakan yang lain. Sila beritahu dengan segera jika ada kandungan didalam post ini yang salah infonya, atau yang sewaktu dengannya. Doakan semoga Amira Yusof dimurahkan rezeki, dipermudah semua urusan di dunia dan diakhirat. Aminnn.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment ^_^