Monday, 20 June 2022

Pengalaman Cabut Gigi Bongsu di Hospital Shah Alam - part 1

Hai semua. 

Dah lama aku tak menulis series macam ni. Kali ni aku nak kongsikan pengalaman aku cabut gigi bongsu aku yang dah tumbuh sepenuhnya atas bawah kiri kanan. Jadinya, semuanya ada 4 batang.

Ada aku baca dimana tak ingat sudah, gigi bongsu ni kalau dia ok je, kita tiada rasa tak selesa maka tak perlu cabut.


Lagi satu, kalau gigi tu tumbuh senget, kena cabut.

Jadinya aku ni nak cabut gigi bongsu aku tu sebab aku rasa tak selesa nak mengunyah. Dan juga aku risau ada plak makanan yang berkumpul sebab bila kita berus gigi, tak semua plak makanan tu akan terkeluar sekali.


11 APRIL 2022 - KHAMIS

KLINIK GIGI DI KLINIK KESIHATAN

Sebelum aku ke buat temujanji dengan hospital Shah Alam. Aku terlebih dahulu ke klinik kesihatan terdekat untuk appointment gigi.

Bila aku sampai tu aku cakaplah nak cabut gigi bongsu. Masa tu aku target nak cabut belah kanan sebab rasa macam senget je dia tumbuh.

Bila doktor tu cek, rupanya belah kiri yang sepatutnya kena cabut sebab dia apa tah ingat plak. Jadinya, aku nak kanan, doktor suruh kiri. Ha mana satu tu.

Oh ye, untuk cabut gigi bongsu ni tak sama ya dengan gigi biasa. Sebabnya ia terletak paling dalam dan hujung. Jadinya doktor tak boleh cabut terus sewenangnya tanpa buat xray. Sebab risau gigi tersebut dekat dengan saraf. Dan juga untuk tengok betul-betul kedudukan gigi bongsu tersebut sama ada senget atau tidak. 

Lepas doktor tu cek gigi aku, aku kena ke bilik lain pula untuk cuci gigi. Maka gigi aku pon dicuci sekali lagi sedangkan masa tu aku baru juga lepas cuci gigi di klinik swasta.


Selesai tu, aku kena tunggu untuk doktor tulis surat reference atau rujukan untuk diberi kepada pihak hospital.

Surat tersebut aku perlu bawa nanti. Manakala tarikh temujanji dengan pihak hospital, kena tunggu hospital inform melalui call atau pihak hospital bagitahu klinik dan klinik bagitahu aku.


Rupanya pihak hospital terus call aku bagitahu tarikh temujanji pada 20 Jun..

Ok cerita pada 20 Jun ni aku cerita kat PART 2 ya. 

 Jika anda rasakan post ini bermanfaat, kongsikan dengan rakan-rakan yang lain. Sila beritahu dengan segera jika ada kandungan didalam post ini yang salah infonya, atau yang sewaktu dengannya. Doakan semoga Amira Yusof dimurahkan rezeki, dipermudah semua urusan di dunia dan diakhirat. Aminnn.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment ^_^