Saturday, 11 June 2022

PERSEDIAAN PAKAIAN UNTUK TRAVEL SEMASA MUSIM SEJUK

Hai semua. 

Hari ni aku nak kongsikan persediaan pakaian sebelum anda melancong ke luar negara pada musim sejuk.


A) BAJU INNER THERMAL

Baju ni wajib pakai kalau korang jenis tak tahan sejuk. Boleh beli di Shopee atau di Uniqlo ade jual. Tapi kalau nak beli kat Shopee tu, kena try and error lah sebab ada yang claim ianya thermal tapi tak pun.

Kat Uniqlo mahal sikit tapi berbaloilah sebab memang thermal.

Bajet 2 atau 3 hari, 1 baju. So kalau pergi 6 hari, sekurangnya 2 baju thermal ni.

B) WINTER JACKET

Sebolehnya beli yang kalis air. Sebab salji tu kan daripada air so bila kena kat badan. Sejuk weii. Kalau tetiba hujan pun, jacket tu boleh jadi baju hujan.

Lagi satu, pastikan ada penutup kepala (hoodie).

Dulu sis  beli winter coat kat Bundle je, dapat RM5 dan cantik sangat warna putih.Cuma cepat kotorlah. Jadi, belilah warna gelap. 

Bawa 1 helai je. kalau nak bawa dua, pastikan anda masukkan dalam beg vacuum supaya ia tidak memakan ruang yang banyak. 

C) STOKIN THERMAL

Ni pun penting juga. Jika tak jumpa stokin ni, pakailah mana2 stokin yang tebal. Tapi masalahnya kalau tebal risau kasut ketat pula nak pakai.


D) KASUT BOOT

Tak digalakkan pakai kasut yang tak kalis air. Beli kasut short boot cut tu ok dah.

E) SELENDANG LILIT DI LEHER 

Selendang ni sangat berguna jika anda ke tempat yang berangin pada musim sejuk. Contohnya di atas gunung untuk bermain salji.

Hal ini kerana pipi anda akan kekerasan kerana ditampar angin sejuk. 




 Jika anda rasakan post ini bermanfaat, kongsikan dengan rakan-rakan yang lain. Sila beritahu dengan segera jika ada kandungan didalam post ini yang salah infonya, atau yang sewaktu dengannya. Doakan semoga Amira Yusof dimurahkan rezeki, dipermudah semua urusan di dunia dan diakhirat. Aminnn.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment ^_^