PANDUAN LENGKAP EBAY PERCUMA

 Assalamualaikum semua.

Pernah dengar Ebay? 


 
Pernah tengok seseorang promote buat bisnes Ebay sampai boleh jana 4,5 dan 6 angka sebulan hanya dengan jual barang dapur dan produk di pasaraya je? 

Beli barang di kedai runcit RM10, tapi jual di Ebay RM100, halal ke RM90 untung tu? Pernah terfikir? 

Memang best tengok orang yang bisnes Ebay ni kan. Mesti ada rasa nak berbisnes Ebay juga. Sebenarnya bisnes Ebay ni lama dah cuma orang tak tahu je. 
 
Sis kenal Ebay ni masa 2017, tapi sayang, masa tu tak reti-reti nak serius! 
Tahun ni bila Ebay dah viral balik, baru lah terhegeh-hegeh nak serius. Rupanya viral tu bersebab.. 

Ceritanya macam ni, masa EBay tetiba viral ni, sis ni join la 'so-called' support group untuk bisnes Ebay di Telegram. Kononnnya apa-apa pertanyaan mengenai Ebay boleh tanya disitu.

Rupanya, group tersebut adalah untuk pancing orang beli beli Ebook sahaja. Bukan utk support pun. Kenapa? Setiap pertanyaan kali pertama bernilai RM2** . 

Sis perhati je, bila ada yang tanya soalan basic je contohnya, nak pos guna apa? akaun kena suspend kena buat macamana? kena ada laptop ke? 

Admin group tu akan cakap 'beli Ebook ni dulu, jawapan semua ada dalam tu'. 

Kadang soalan yang ditanya tu hanya perlukan jawapan YA atau TIDAK sahaja.  Tapi, jawapan yang diberi oleh admin hanyalah 'Maaf, tak beli Ebook, kami tak dapat bantu' atau 'sila tanya di group support di fb(untuk pembeli Ebook). 

Mesti anda pernah jumpa kan? Hehe. Tak salah pun jual Ebook tu tapi janganlah sampai macam tu sekali. Maaf identiti group WAJIB dirahsiakan. Siapa makan cili dia terasa pedas. hehe. 

Cari punya cari, sis terjumpa group support yang lain, yang ni sangat-sangat membantu, semua persoalan dijawab walaupun ia soalan ulangan yang kali ke entah berapa. Ahli dalam group tu saling membantu, tak kedekut ilmu langsung malah siap kongsi tips lagi.

Oleh itu, sis buat initiatif untuk kumpulkan tips tersebut disini. Rugilah tips tersebut hanya ada dalam group tersebut dan tenggelam seiring waktu.

Btw kalau anda betul-betul nak berguru mengenai Ebay ni, ia hak anda malah dialukan. 

Sis boleh cadangkan orangnya. Dia akan guide korang 100% tanpa korang perlu beli Ebook tu, yang percuma(limited) ada, yang berbayar pun ada tapi jangan risau tidak semahal produk yang dirpomote group so-called suport group Ebay tu. 

Memang perlu beli Ebook Ebay atau berguru(one to one) ke kalau nak berjaya? Jawapannya TIDAK.

Yang penting anda rajin berusaha, guna cara yang betul. Ingat, pengalaman adalah cikgu yang terbaik!

Salah satu caranya adalah dengan mencedok semua ilmu di blog ini dan praktis kan. 

Jangan risau, sis tak akan soft sell untuk anda beli Ebook, webinar, kelas online atau apa-apa sahaja melainkan anda sendiri yang menginginkannya. Jika anda lebih berminat dengan yag ni, boleh pm tepi ye. 


Sebab sis tahu tak ramai yang mampu tapi nak cuba mendalami ilmu Ebay ni. Sebab itulah sis tulis di blog ni. Sis cuma nak minta korang doakan sis dipermudahkan urusan di dunia dan diakhirat. Tu je. 


Segala maklumat yang ditulis adalah dari PELBAGAI sumber termasuklah pengalaman dan tips terkini. 


Paling menarik, isi kandungan yang sis tulis ini MAJORITINYA adalah UP TO DATE kerana sis akan rujuk website Ebay dan website-website yang lain untuk sebarang info terkini seperti polisi dan sebagainya.


Dibawah adalah tajuk sahaja dahulu, sis baru mula menulis ni. Inshallah satu hari satu content. Harap bersabar ya. Kalau ada yang nak menyumbang penulisan amat dialu-alukan. 


PERSEDIAAN SEBELUM BERBISNES EBAY

Kelebihan berniaga di Ebay berbanding platform lain

Tips sebelum mulakan bisnes di Ebay

Perlukan kad kredit ke untuk mulakan bisnes Ebay?

Polisi Ebay untuk pengguna baru 2020

Hukum Markup harga 'yahudi' di Ebay

Saya tiada laptop, boleh bisnes Ebay ke?

Perlu SSM ke untuk bisnes di Ebay?

Cara hubungi Ebay support/customer support

Beza Ebay dengan Ecommerce yang lain(Shopee/Lazada/Shopify etc)

Mindset bisnesman/woman Ebay

Pantang larang Ebay

Ebay.com.my, ebay.com, ebay.com.uk, ebay.com.au. Mana satu? 

Beli barang dulu baru jual atau jual dulu baru beli barang? 

Tak pandai English boleh buat bisnes Ebay ke? 



TIPS SEMASA BERBISNES EBAY

DAFTAR AKAUN EBAY

3 langkah pertama untuk mulakan bisnes di Ebay

Punca akaun Ebay anda disuspend walaupun baru daftar

Cara menyelesaikan akaun Ebay kena suspend (reinstate akaun)

Cara memahami Selling limit

Perlu ada rating ke sebelum listing barang?

Cara tukar username Ebay




PAYPAL

Perlu kad kredit ke untuk daftar Paypal?

Visa atau mastercard? 

Beza akaun personal dan akaun bisnes di Paypal

Tutorial cara daftar akaun Paypal untuk bisnes Ebay

Cara selesaikan masalah gagal keluarkan duit dari Paypal

Cara topup akaun paypal

Scammer di Paypal



LISTING PRODUK

Senarai barang yang boleh dijual di Ebay

Senarai barang yang tidak boleh dijual di Ebay

Cara kira keseluruhan kos sebelum meletakkan harga

Cara mengecualikan negara yang boleh beli produk kita di Ebay

Cara membuat variasi produk untuk satu listing 

Apa maksud Economy, standard shipping? 

Kenapa listing saya dalam RM, bukan USD? 

Beza monthly free listing VS monthly selling limit 

Listing saya tidak keluar bila search 



SHIPPING  

Senarai syarikat yang boleh pos barang ke luar negara

Cara pos barang ke luar negara (general)

Tutorial cara pos barang ke luar negara menggunakan Web2ship

Tutorial cara pos barang ke luar negara menggunakan Easy parcel

Cara cari nombor telefon customer 

Adakah saya perlu bayar tax untuk parcel yang dipos?

Courier termurah untuk pos barang ke luar negara 

Negara yang anda perlu elakkan untuk berurus niaga di Ebay

Flexipack International dihentikan sementara? 

Cara beli plastik Flexipack online

Dapat order dari Puerto Rico? 

Cara letak nombor cukai dari Brazil 

Buyer beri alamat tulisan bukan english

Courier bagus untuk barang berat dan mahal


AFTERSALE SERVICE

Cara update tracking number pada customer 

Cara menangani customer minta refund

Refund duit buyer di PAYPAL, bukan Ebay

Cara tangani negatif feedback customer 

Cara balas feedback buyer

Tips tingkatkan potensi customer repeat order





YURAN DI EBAY  

Yuran 'tersembunyi' yang ada dalam Ebay

Apakah Ebay Store? Apakah Ebay store subscription dan berapa yuran?

Apakah Ebay price guarentee?

Apakah Insertion Fee, Final Fee?

Selling limit di Ebay

Cukai SST 6% di Ebay


DROPSHIP DI EBAY 

Dropship dengan Ali Express


TIPS 

Beza views dan watchers

Cara jadikan watchers kepada buyer

Tips jimat 10% Ebay fees 

Produk yang sesuai untuk newbie Ebay jual 

Tips dapatkan seller rating dengan mudah dan murah 

Cara buat listing produk anda menjadi top search result

Study barang hot selling menggunakan Terapeak Research/Zik Analytic (berbayar)

Cara menjual secara automatic dan pantas

Teknik cari item terlaris di Ebay

Contoh barang mudah jual di Ebay

Cara kira profit margin di Ebay

Cara cari supplier untuk berbisnes di Ebay

Cara mencari produk fizikal di Malaysia

Free shipping(cost all in) atau cas shipping asing? 

Maksud ayat notification di EBay

Cara mengetahui barangan tersebut tidak boleh dipos ke negara tertentu

Cara tahu perubahan harga di Ebay

Kesilapan peniaga Ebay terutama newbie

Kenapa orang lain boleh jual murah di Ebay?

Cara send offers kepada watchers

Cara cek invois Ebay 

Manfaatkan volume pricing 

Tips dapatkan order setiap hari di Ebay

Maksud account Ebay below standard 

Niche newbie ebay perlu elak 


QNA EBAY (ALL) 
QnA yang telah sis senaraikan dari semua post diatas. Klik CTRL+ F untuk cari soalan anda  





Disclaimer: 
Segala isi kandungan ini sis tulis sendiri berpandukan PELBAGAI sumber PERCUMA yang sis cari di alam maya ini. Jika ada isi kandungan yang tersama dengan kandungan berbayar, ia adalah luar pengetahuan sis. Harap maklum. 















 

  • Share: